Saturday, February 20, 2010

Paru Semor Suun


Selain sambal tumis telor cemplok mama masak Paru Semor Suun dari Buku Masakkan Asmah Laili. Resipi sumbangan Hjh Fatimah Md Ibrahim Marican. Di sini mama ingin berkongsi resipi sebagai rujukkan anak2 & teman2 blogger mama :)

Paru Semor Suun

~Bahan~
1 kilo paru- potong empat,cuci bersih dan rebus sehingga empuk sejukkan dan potong serong panjang, jgn terlalu tipis

~Bahan rempah~
2 batang serai yg gemuk*
1/2 jari lengkuas*
3 biji bawang besar*
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada kisar*
sedikit belacan*
2 ikat suun (rendam)
segenggam lada kering digunting halus
1 cawan kicap manis
1 sudu makan asam jawa digaul dgn 3 cawan air & tapis

~Cara~
Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Toskan. Kecilkan api dan goreng lada sehingga warnanya merah & cantik. Angkat & toskan
Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1 senduk lauk utk menumis rempah.
Tumis rempah kisar* sehingga garing & wangi. Tuiangkan air asam,kicap manis,garam & gula secukup rasa. Bila rempah nye mendidih,masukkan suun,paru dan lada goreng.
Gaul rata dan balek2kan supaya rempah nye meresap dan pekat sedikit.
Hidangkan ini tidak boleh terlalu kering. Enak dimakan dengan nasi putih,lontong atau roti.

p/s: mama tambahkan kentang yang diptg baji & digoreng sehingga empuk.


Happy Weekend semua!!!

2 comments:

openid said...

Salam Mama,
Kite tak pernah makan paru sebenarnya.tapu yang ni nampak sedap la mama buat.
ijan

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Wslm Ijan :)
Oh! Ijan tak mkn paru knapa? X reti yer? Nazli pun dulu x reti mkn.. mama rebus lama sikit biar empok.. Skrg... laju..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...