Tuesday, February 23, 2010

Seaweed Wrap Roll


Salam & Selamat Pagi semua!!!! Pagi Selasa yg cerah, panas terik.. & sedikit berjelebu kat SG ni :)
Ni sarapan pagi tadi... Nazli suka sangat dengan roti yg begini... Pernah beli di kedai roti halal yang terletak di Bukit Batok... Bakery Roti yg halal dikawasan perumahan terdekat dengan mama...
Mama buat seakan2 jer sbb mereka menggunakan roti yang agak besar sedikit drp the normal roti. Puas hati ah.. dapat sarapan mcm gini bersama air nescafe :)

Pada siapa2 yang memang suka sarapan dgn roti...

Bahan

roti
fish fillets - mama gunakan Bibik brand
timun, lettuce atau apa2 salad kegemaran
mayo, sos thai cili
seaweed

Cara

Fish fillet di goreng terlebih dahulu. Biarkan sejuk dan gunting panjang mengikut saiz roti. Roti di giling tipis. Timun pun dipotong memanjang mengikut saiz roti jugak. Daun lettuce dikoyak2 saja. Sapukan mayo & cili sos keatas roti. Susun fish fillet, timun & daun lettuce di bahagian depan roti..terpulang lah nak letak byk atau sikit,sebelum digulung letak kan seaweed dibahagian bawah roti. Terlebih dahulu seaweed dipotong ikut saiz roti jugak.. dulung roti kemas2 mcm kita buat kek gulung.. Siap!!!


3 comments:

Sue @ Nenie said...

Salam Mama...Nampak sedap ni

Nida said...

Salam mama..

Sekali pandang macam Sushi pun ada... boleh cuba ni

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Sue@Nenie
Wslm Sue :) Roti cuma diubah suai jer..

Wslm Nida :) Aah mmg mcm sushi sbb pakai seaweed. Try lah mana tahu berkenan dihati :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...