Thursday, February 25, 2010

Ikan Dori Sos 3 Rasa


Menu lunch merangkap dinner sekali... Nampak kat freezer ada ikan dory... dah selalu buat sweet n sour so kali ni nak try makan dengan sos 3 Rasa pulak... Sedap!!! kali ni letak bunga kantan..lagi terasa :)

Untuk Ikan Dory mama goreng macam biasa... Tepong gandum & tepung beras sikit,garam & lada sulah. Buat macam kite goreng pisang g2... Celup ikan dory satu persatu.

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi - mama tambah dlm 10 biji

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis - lemon
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  2. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  4. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  5. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

2 comments:

MamaFaMi said...

Sungguh menggamit selera!

Mama Nani/Mama Hawa. said...

mamafami :) Kesukaan anak2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...