Saturday, February 27, 2010

Chicken Varuval

Salam semua di petang hari Sabtu yang agak bahang di SG..

Chicken Varuval yang sempat mama masak baru sebentar .... Nampak kat teman2 blogger yang dah mencuba resipi dari rumah
LOVE ni.. memang senang,simple & sedap dimakan bersama nasi putih panas!!!!

Thanks Love for sharing this simple yet marvellous recipe!!!!





CHICKEN VARUVAL
by love2cook


Ingredients :~
  • 1 whole chicken ~ cleaned and cut into smaller pieces
  • 3 tbsp garlic-ginger paste
  • 2 tbsp chilli powder ( may also add some curry powder)
  • 1/2 tsp turmeric powder
  • 8 dried chillies ~ cut into pieces
  • 2 onions ~ sliced/cut into rings
  • 2 sprigs curry leaves
  • 2 lemongrass ~ crushed
  • 1 pc cinnamon stick
  • 2 pcs star anise
  • 2 pcs cardamoms
  • 1/2 tsp fennel seeds
  • 1/2 tsp cumin seeds
  • 1/2 tsp grounded blackpepper
  • salt to taste
  • oil for frying
Cooking Method :~
  1. Marinate chicken pieces with garlic-ginger paste, chilli powder, turmeric powder and salt for 20 mins.
  2. Heat oil in wok, fry marinated chicken till cooked and set aside.
  3. Reduce the remaining oil. Sauté cinnamon stick, star anises, cardamoms, fennel and cumin seeds till fragrant.
  4. Add the sliced onions, dried chillies, lemongrass and curry leaves. Stir till they turn light brown.
  5. Add the fried chicken, blackpepper and lil salt. Mix together. Dish out.

Friday, February 26, 2010

Karipap@Epok2



Salam Di pagi Jumaat yg mendung sikit pagi ni..matahari blm seterangnye... apa2 pun ni porject malam semalam sebelum tidor... Terliuq jugak tengok kat rumah teman2 blogger mama yg dah buat karipap :) Memang dah lama x membuat nye... Mama ambik resipi kulit epok2 ni dari rumah Ika sebab sikit adunan nye..

Ni tadi pagi goreng kan sikit buat cik hubby n Nazli bekpes... Makan panas bersama secawan Nescafe cukup lah beri tenaga untuk berdancing kat rumah atau pun nak kepasar!!!! hehehe

Meh kita tengok resipi yg mama C&P dari rumah Ika. Minta izin & minta halal yer sis...




KARIPAP @ EPOK2


Bahan-bahan
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air


Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
Untuk Inti mama masak cara mama yg menggunakan udang kering,bawang besar & bawang putih. Sedikit serbuk kari ikan dicampur bersama dan tumis & masak sehingga kentang empuk..

Thursday, February 25, 2010

Agar2 Santan Gula merah


Resipi mama ambik dari rumah
Cikgu Zana. Thanks for sharing this receipe :) Sedap tak brapa manis sangat... Just nice dengan cuaca yg sedang panas sekarang..nyaman kat tekak :)

Bahan2
10g serbuk agar plain
1/2 cwn gula merah
1/4 cwn gula putih
1150ml air
120 ml air campur 1 pkt santan Kara
1 biji telur - mama letak 2 biji
garam & daun pandan

Cara2
Masak air & gula & daun pandan( kalau guna gula cap bintang tak payah tapis) bila gula telah larut masukkan serbuk agar2 kacau sehingga larut. Kecil kan api. Kemudian tuangkan campurkan santan dengan telur & garam dan kacau terus sehingga mendidih. Tuangkan kedalam acuan yg ada suka. Sejukkan baru didinginkan kedalam peti sejuk.


Mama dapat 10 bekas tupperware yg sedang besar nye.. Memang sedap ketika cuaca sedang bahang mkn agar2 ni... nyaman.....

Ikan Dori Sos 3 Rasa


Menu lunch merangkap dinner sekali... Nampak kat freezer ada ikan dory... dah selalu buat sweet n sour so kali ni nak try makan dengan sos 3 Rasa pulak... Sedap!!! kali ni letak bunga kantan..lagi terasa :)

Untuk Ikan Dory mama goreng macam biasa... Tepong gandum & tepung beras sikit,garam & lada sulah. Buat macam kite goreng pisang g2... Celup ikan dory satu persatu.

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi - mama tambah dlm 10 biji

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis - lemon
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  2. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  3. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  4. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  5. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Kobis...



Salam... malam ni cuaca agak panas yer!!!
Selamat malam semua :)
Vegetables for today.. Kobis panjang goreng bersama crabstick besar2 beli pat supermarket.. crabstick jenis besar2 tengah offer beli 2 pkt for $2.95 jer :)
Kobis panjang ni jenis yg putih.. manis & tak payah goreng lama2...

Roti lagi for Breakfast


Salam & Selamat Pagi semua :)
Mama harap semua teman2 blogger sihat di pagi hari Khamis yg sejuk lagi mendamaikan.. suka dgr kicauan burung2 pagi2 gini :)

Okay lah seperti biasa bekpes pagi ni... ROTI. Mama beli jer roti jenis hotdog ni dan buat kan telur mayonis letak kan hirisan timun dan tambahkan cili sos.. Nazli pagi ni x sempat bekpes... bungkus jer..cik hubby mkn separuh jer..kenyang & mama tolong habis kan sbb pagi ni terasa lapar mungkin semalam x makan nasi mkn tauhu jer.

Anyway happy bekpes everbody!!!!


Wednesday, February 24, 2010

Posto2



Happy sangat2 *____*
Mama dah dapat kiriman dari teman blogger yang berada nun jauh di semanjung Msia.... Kepada teman mama... Thank U very much... terharu sungguh!!! I will always remember u and really appreciate it :)

Tauhu sumbat dan sos Kak Nor

Salam & Selamat Malam semua
Bertemua di hari yang sama :) Cuaca lepas magrib ni agak berbahang sikit...
Ni kes cut queue... terggoda tengok kat rumah Abbot Tauhu Sumbat dier. Tauhu sumbat yg bersos kan sos popiah... Sedap beb!!! Makan gitu jer tak payah makan nasi..puas hati ah!!! Tapi pada mama pedas2 manis.. mama ikut sos yg Abbot buat... hehehe berpeluh kejap!! Ni mama C&P jer dari rumah Abbot. Thnks Abbot & Nor minta halal yer sis :)


Sos Popia

5 sudu besar cili mesin (aku boh lebeyyy)
2 cawan air (agak2 je)
1 sudu besar kicap manis (aku tmbh 2 sudu beso)
nisan/gula melaka- mama gunakan gula timbang warna coklat
air asam jawa/cuka
2 sudu besar bijan ~ disangai dan tumbuk kasi pecah2 sket (tak boh, pasal tadek stok)- sama lah dgn mama

Masukkan kesemua bahan kecuali bijan.
Renih hingga hampir pekat dan masukkan bijan.
Rasa la masam manis dia dan ikut kepekatan yg disukai.
Padamkan api dan biarkan sejuk baru la digunakan







Sambal belacan Tomato


Makan lauk gulai atau kari kalau tak ada sambal belacan lawan lagi dgn telur asin... memang tak sah kan!!! Tapi semalam semasa menumbuk sambal belacan dalam betu lesung sungguh tragis... boleh terpecik kat mata.... hehehe nanggis jap!!! Ni lah gara2 nak mkn bersama lauk dalca!!


Cili merah 4-5 btg, cili padi 5-10 batang secuklup belacan, buah tomato 2-3 biji yg masak dipotong. Tumbuk dulu cili bersama belacan, masukkan buah tomato dan tekan2 sampai buah tomato penyet2 jer.. tak payah halus2 tambahkan gula kalau pedas!!!

Dalca Ayam


Bertemu kembali... Ni menu semalam yg x sempat nak N3... Tak pernah mkn atau masak pun.. !st time try..selalu Dalca di masak bersama daging... ni dengan ayam pulak. Tapi memang sama sedap pun macam daging sebab suka ngan sayur mayur yg ada pat dalam... tersenyum cik hubby bila balek dari kerja. Hubby memang suka lauk2 begini..lagi kalau lauk daging :)

Resipi macam biasa dari buku koleksi Asmah Laili -minta ampun sedap nye... Mama ada dalam 4-5 buku kesemua nya...

Cara penyediaan Dalca ni secara rebus jer... Mama ubah mengikut cara mama. Mama tumis dulu bahan tumisan, daun pandan & daun kari sampai wangi, baru masukkan semua bahan B sampai naik minyak, baru masukkan ayam, kentang,lobak merak & kacang dal. Bila kentang & lobak merah dah empuk baru masukkan santan, terung, garam gula secukup rasa.


Leher Ayam & Kaki ayam my febret

Resipi sumbangan dari Mumtaj Begum Omar
Dalca Ayam

Bahan A
2 cwn dhal kuning,dicuci bersih dan direbus 1/2 masak dan ketepikan - mama rendam smpai kembang
1 ekor ayam,buang kulit dan lemak ptg 12 cuci bersih dan toskan

BahanB
4 biji bawang besar dihiris halus- mama kisar
2 sudu mkn halia kisar
1 sudu mkn bawang putih kisar
2 biji lada hijau- x letak
5 biji tomato didadu
1 genggam daun pudina - x letak
2 helai daun pandan,disimpul
5 sudu makan rempah kari daging
5 biji buah pelaga- letak 2
5 kuntum bunga cengkih- letak 1
1 btg kayu manis-
1/4 cwn minyak jagung-mama agak2 jer pkai minyak makan
2 cwn air- mama agak2


Bahan C

1 batang lobak merah, diptg 3cm dan dibelah 2
3 biji kentang, diptg 4
2 biji terung,dipotong 4
1 kotak kecil santan - kara 200ml
1 sudu mkn asam diramas dgn 1/2 cwn air & ditapis - mama tambah kan 2-3 asam keping biar masam sikit
2 tangkai daun kari
garam & gula secukup rasa

Cara
Satukan semua bahan B didalam periuk dan gaul rata. Tutup periuk dan masak diatas api yg sederhana sehingga sebati.
Masukkan lobak merah,kentang ayam dan garam. Gaul rata, besarkan api dan masak lagi selama 5 minit. Selepas itu masukkan santan,dhal yg telah direbus,air asam dan terung.Gaul rata dan masak sehingga ayam,lobak merah,kentang & terung empuk dan naik minyak. Padamkan api dan masukkan daun kari. Gaul rata. Enak dimakan dgn setang roti atau nasi.

Kad from love


Salam & Selamat Pagi semua :)

Thanks love for the E kad yang dah lama mama ambik from yr house but each time after N3 terlupa nak tepek... sorry yer sis.. anyway before the next N3... thanks vm :)

Tuesday, February 23, 2010

Seaweed Wrap Roll


Salam & Selamat Pagi semua!!!! Pagi Selasa yg cerah, panas terik.. & sedikit berjelebu kat SG ni :)
Ni sarapan pagi tadi... Nazli suka sangat dengan roti yg begini... Pernah beli di kedai roti halal yang terletak di Bukit Batok... Bakery Roti yg halal dikawasan perumahan terdekat dengan mama...
Mama buat seakan2 jer sbb mereka menggunakan roti yang agak besar sedikit drp the normal roti. Puas hati ah.. dapat sarapan mcm gini bersama air nescafe :)

Pada siapa2 yang memang suka sarapan dgn roti...

Bahan

roti
fish fillets - mama gunakan Bibik brand
timun, lettuce atau apa2 salad kegemaran
mayo, sos thai cili
seaweed

Cara

Fish fillet di goreng terlebih dahulu. Biarkan sejuk dan gunting panjang mengikut saiz roti. Roti di giling tipis. Timun pun dipotong memanjang mengikut saiz roti jugak. Daun lettuce dikoyak2 saja. Sapukan mayo & cili sos keatas roti. Susun fish fillet, timun & daun lettuce di bahagian depan roti..terpulang lah nak letak byk atau sikit,sebelum digulung letak kan seaweed dibahagian bawah roti. Terlebih dahulu seaweed dipotong ikut saiz roti jugak.. dulung roti kemas2 mcm kita buat kek gulung.. Siap!!!


Monday, February 22, 2010

Fish Rolls in tomato sos

Ini kes tak pergi pasar... dalam fridge dah tak de ikan atau pun ayam...
Bedal jer apa yang ada... janji bila cik hubby balik ada makanan untuk mamam... and for the kids also ngap jer.. janji ada something 2 eat...


Ni dia Fish Roll yang ala2 rasa macam ngoh hiang yg mama beli pat Pasar Geylang bahagian frozen.. Mama goreng kan dulu fih roll ni dan tumis kan bawang besar, bawang putih & sedikit halia. Untuk sos pulak mama letakkan sos tomato & cili sos, garam, lada putih & gula secukup rasa. Sedikit air untuk kuah. Tambahkan kentang yg diptg kasar2 & digoreng.. dan letak lah tomato atau lada capcicum bagi yg suka..


Sambal Belacan sebagai penyeri :)



Bertemu kembali dihari yg sama.... Selamat malam semuaaaa... lagi buat apa2???

Nak letak gambar sambal belacan berulamkan kobis. Uols pernah makan macam gini tak??? Pada mama n hubby nilah makannan yg boleh menambahkan selera :)

Sambal belacan yg ditumbuk kasar2.. fuyoo!!!
Salam & Good morning semua....

Macam terasa nak makan kuih lapis ni... Memang dah masuk list agak lama jugak.... So semalam sebelum keluar pergi jemputan sempat sedia kan bahan... Balik terus jer kukus... macam Ika juga, mama buat separuh adunan sajerrr. Memang sedap kuih lapis ni terasa kacang hijau :) resipi dari MYR - Citarasawan.. Ni mama C&P dari rumah Ika untuk buat rujukan kite semua :) Thnks Ika & also Citarasawan :)


KUIH LAPIS KACANG


  • Bahan A
  • 200 gm tepung kacang hijau
  • 50 gm tepung hoon kwee
  • 40 gm tepung kanji>>Tepung Ubi>>Tapioca starch
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh pewarna hijau

  • Bahan B
  • 300 gm gula melaka
  • 100 gm gula halus
  • 2 helai daun pandan
  • 800ml santan pekat KARA
  • 400 ml air
  • Loyang 9" empat segi

Cara-cara

  1. Satukan bahan B, masak sehingga gula larut. Ketepikan.
  2. Satukan semua bahan A, kecuali pewarna didalam mangkuk dan tuangkan bahan B tadi, kacau rata dan tapis.
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian satu bahagian warna asal dan satu bahagian lagi dimasukkan pewarna hijau.
  4. Setiap bahagian pula dibahagi kepada dua. Tuangkan satu bahagian warna hijau dan kukus selama 10 minit.
  5. Apabila masak ambil satu bahagian warna asal dan tuangkan keatas lapisan pertama tadi. Kukus selama 10 minit lagi. Ulangi proses mengukus dengan diselang selikan adunan. Sekiranya selepas 15 minit terdapat takungan air dipermukaan lapisan hendaklah dikeluarkan air tersebut. ini adalah kerana mendapan kacang hijau dan air dari kukusan yang terbentuk dipermukaannya. Tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik.
  6. Untuk lapisan yang terakhir kukus selama 25minit sehingga masak.





Semalam juga dah selesai... Shasha balik kerja nampak kuih lapis ni terus ngap!!!! Suka dier :) Adalah dlm 4-5 potong untuk my parents. Next time blh cuba lagi :)

Saturday, February 20, 2010

Paru Semor Suun


Selain sambal tumis telor cemplok mama masak Paru Semor Suun dari Buku Masakkan Asmah Laili. Resipi sumbangan Hjh Fatimah Md Ibrahim Marican. Di sini mama ingin berkongsi resipi sebagai rujukkan anak2 & teman2 blogger mama :)

Paru Semor Suun

~Bahan~
1 kilo paru- potong empat,cuci bersih dan rebus sehingga empuk sejukkan dan potong serong panjang, jgn terlalu tipis

~Bahan rempah~
2 batang serai yg gemuk*
1/2 jari lengkuas*
3 biji bawang besar*
10 ulas bawang putih*
2 sudu makan lada kisar*
sedikit belacan*
2 ikat suun (rendam)
segenggam lada kering digunting halus
1 cawan kicap manis
1 sudu makan asam jawa digaul dgn 3 cawan air & tapis

~Cara~
Panaskan minyak dan goreng paru sehingga garing. Toskan. Kecilkan api dan goreng lada sehingga warnanya merah & cantik. Angkat & toskan
Keluarkan minyak dan tinggalkan anggaran 1 senduk lauk utk menumis rempah.
Tumis rempah kisar* sehingga garing & wangi. Tuiangkan air asam,kicap manis,garam & gula secukup rasa. Bila rempah nye mendidih,masukkan suun,paru dan lada goreng.
Gaul rata dan balek2kan supaya rempah nye meresap dan pekat sedikit.
Hidangkan ini tidak boleh terlalu kering. Enak dimakan dengan nasi putih,lontong atau roti.

p/s: mama tambahkan kentang yang diptg baji & digoreng sehingga empuk.


Happy Weekend semua!!!

Sambal Tumis Telur Cemplok

Urggghhhhh.... Allhamdullilah Amin :)
Salam & Selamat tengah hari semua :)
Hari ni siang2 mama dah masak sebab nanti hubby & Nazli balik dari training bola dah nak makan... So kira nye ni brunch kami semua pat rumah.
Sambal tumis yg buat nasi lemak ada lebih lagi... mama cuba tambahkan lagi air asam biar cair sikit bila kuah dah mendidih mama cemplok kan telur ke dlm kuah. Siap di makan!!



Mama suka kalau telor2 yg macm gini...lembik2 kuning dia separuh masak... Makan bersama nasi panas2. Tadi cik hubby bertambah makan. Kata dia sedap makan macam gini tak de lauk lain pun takpe...

Thursday, February 18, 2010

Nasi Lemak on the house....


Untuk makan tengahari & malam hari ni mama masak nasi lemak saja... Senang cerita :) Along N Shasha ada pat rumah... So ni lah masakkan yg paling senang & cepat untuk dimasak dan dimamam :P


Sambal Tumis mesti ada kan
Kalau tanpa sambal tumis bukan nasi lemak nama nye


Untuk mama n hubby, ikan goreng rempah. Rempah yang mama gunakan untuk buat senget mama gaulkan kepada ikan 1 sudu makan bersama kunyit & off course garam. Anak2 suka makan dengan nugget, hotdog & sambal tumis telur... Jemput makan semua!!!!

Burger Ringkas

Salam & selamat petang semua :)
Hari yang cerah sekali di petang Khamis ni :) Lagi buat apa semua????

Ni mama nak kongsi resipi dari buku Festive Fiesta 2004 - kalau tak silap mama dapat free semasa beli corn flakes utk Hari Raya....

Resipi dari Chef Ismail yang menggunakan corn flakes sebagai bahan utama dalam masakkan nye. Mari kite tengok resipi....

Bahan2
A
400gm daging cincang
1/3 cwn corn flakes kisar halus
2 biji telor
2 camca besar cincangan bawang besar
2 camca teh serbuk kari
garam & lada sulah secukup rasa

1/3 cawan minyak masak
6 buku roti burger, potong dua dan sapu butter
daun salad, hirisan timun,tomato dan bawang besar
slice cheese - mama yg tambah

Cara membuatnya

Campur sebati bahan A dan bentukkan kepada enam 8cm burger.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuninggan di kedua bahagian.
Hidang burger dalam roti dengan hirisan timun,tomato dan bawang.


Buat breakfast tadi pagi..

Pssstttt... besor sangat lah nak masuk mulut... hehehe. Cik hubby kata tak muat besor2. Next time nak buat tipis2 & buat kecik sikit,senang nak ngappp....

Wednesday, February 17, 2010

YFC@ Yoghurt Fried Chicken

Try out this new recipe from LOVE.
Suka pada rasa bawang putih & halia... Sedap makan dengan nasi putih panas2. Mungkin boleh cuba lagi dengan menggunakan isi ikan macam Ayu buat sebab ada lebihan dari sos perappan.

To Love... thank u soo much for sharing this wonderful taste & unique recipe :)
Untuk rujukan mama salin recipe dari rumah Love


YOGURT FRIED CHICKEN
(YFC)

Ingredients :~

(A)
  • 1 whole chicken ~ cleaned and cut into medium sizes, drained.
  • 1 cup/250ml plain yogurt
  • 6 garlic cloves ~ finely pounded
  • 2 inches ginger ~ finely pounded
  • 1 tbsp paprika powder
  • 1 tbsp cayenne powder
  • salt to taste
  • 2 sprigs of curry leaves
(B)
  • 1.5 cups wheat flour ( u may also add some rice flour)
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tbsp cayenne powder - x letak tak de dlm stock
  • 1 tbsp paprika powder
  • a pinch of salt
  • lemon juice (optional)
  • cooking oil
Cooking Methods :~
  1. In a large bowl, marinate chicken together with all ingredients (A). Leave it aside for about 2-3 hours ( may also marinate overnight).
  2. Once marinating time is over, mix together Ingredients (B) in another large bowl..(u may also use a ziplock plastic bag for this).
  3. Meanwhile, heat oil in a wok. Make sure it's hot enough to fry (not smoky).
  4. Place marinated chicken pieces in the mixed flour, coat well and deep fry in oil till cooked. (if using ziplock plastic bag, put mixed flour in the bag..then add chicken pieces, zip it and shake well).
  5. Once cooked, remove chicken from wok, drain excessive oil. Squeeze some lemon juice over the fried chicken (optional).
  6. Yogurt Fried Chicken is ready to be served!
* the use of paprika and cayenne has been adjusted to my preference...u may add/ less the quantity.

Sempat gi BBQ


Salam & Selamat pagi semua... Ni lah Birthday Girl yang mama buat kan Eggless Chocolate Cake.
She turn 21 on the 15th February... but since shes going to Msia on the 14th we celebrate her bday in advance...

Dia ni kawan anak mama Along yang dulu sama2 skoolz menengah. Sampai sekarang masih contact lagi ngan diorng.... Dah macam family diorang ni ngan mama... Anyway Zai.. happy Bday cik ucapkan.(Dah mcm ruper anak2 mama pulak..hehehe)

Tuesday, February 16, 2010

Al-Fateha


Selamat Tengahari dihari Selasa yg mendung di Singapura... Mendung jugak dihati ni... huhuhu :(

Ingin berkongsi bersama berita sedih bersama teman2 blogger mama. Pemergian kedua2 orang yang mama sayangi...My biras fil... meninggal pada 13.02.2010 dan bersemadi pada 14.02.2010 dan teman mak mama meninggal pada 15.02.2010 dan disemadikan pada hari yang sama selepas zohor...

Nasin baik mama tak ke Msia menghadiri majlis jemputan kahwin.... Ada hikmah disebalik nyer...

Yg pergi tak kan kembali lagi... yg hidup pasti merasai kehilangan mereka berdua... Kepada Alifah my biras & Hasnah my friend.... Allah lebih sayangkan mereka berdua.... Semoga mereka ditempatkan bersama2 orang yang beriman. AMIN yabalalmin....

Friday, February 12, 2010

Eggless Chocolate Cake

Salam & Selamat malam semua.... Semua orang dah mood bercuti kan :)
Hari yang teramat busy... mesti siapkan bahan2 untuk BBQ cum BDay kawan along tommorow.
Ni mama dah siapkan Eggless Chocolate Cake requested by Along...
Nampak kat rumah Ijan Finland... lepas 2 nampak kat rumah Ika... and so onnnn. Besok baru dapat rasa... hehehe Thanks to Ijan for sharing the eggless and simple & easy to make cake. Ni mama C&P jer dari rumah Ijan. Thank u very much :)

Eggless Chocolate Cake Recipe

  • All Purpose Flour 1 cup
  • Baking Powder 1/2 teaspoon
  • Baking Soda 1 teaspoon
  • Unsweetened Cocoa Powder 6 tablespoons
  • Granulated Sugar 3/4 cup
  • vegetable oil 1/2 cup
  • Hot Coffee 1/4 cup (1 tsp of coffee in 1/4cup hot water)
  • Milk 1/4 cup
  • Yogurt (I used plain non fat, measured it with dry measuring cup) 1/4 cup
  • Vanilla Extract 1 teaspoon


Yield: One 8-inch or 9-inch cake.

  1. Preheat the oven to 170 C. Lightly grease an 8-inch round cake pan and dust it with cocoa powder.
  2. In a large bowl sift together the all purpose flour, whole wheat flour, baking soda, baking powder, cocoa powder and sugar. Make a well.
  3. Add all the wet ingredients one by one.
  4. With an electric mixer, beat the mixture on low speed for 2-3 minutes until the dry and wet ingredients are well combined. Do not over beat it.
  5. Pour the batter in the prepared pan. Tap the pan a couple of times so the batter is spread evenly and there are no air bubbles.
Bake for about 30 min. Check the cake with tooth pick. Toothpick inserted in the middle of the cake should come clean when the cake is ready.
  1. Once out of the oven, transfer the pan to a wiring rack to cool. After about an hour remove the cake from the pan and let the cake cool completely before frosting.

Frosting Recipe

  • Margarine/butter at room temperature 3 tablespoons
  • Powdered sugar 1 1/2 cups- mama used 1 cup only
  • Unsweetened cocoa powder 1/4 cup
  • Milk, fat free 3-4 tablespoons

Yield: About 3/4th cup of frosting, enough for one 8-inch or 9-inch cake.

  1. In a medium size bowl add the margarine, powdered sugar and cocoa powder. Start beating with an electric mixer on low speed. At this stage it may seem to be very dry. Don’t panic. Wait until you add the milk.
  2. Add milk little by little and continue beating the mixture till you get a nice spreadable consistency.
  3. Now transfer the cake to a plate and start frosting it.
  4. Cool down in fridge for at least one hour (the texture of the frosting will look better after at least one hour in fridge).


Ni mama gunakan pocky2 utk pagar sekeliling...


mama gunakan loyang 6"X9"




Happy Long Weekend EveryBody :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...