Monday, February 28, 2011

Kuih Bakar Zana

 Petang Jumaat lepas tengah lepak2 depan tv tetiba teringat kan kuih bakar Zana nih... Teringat yg Hasue baru2 pernah buat baru2 ni, apalagi semua bahan2 ada..hehehe dgn cepat nyer :D Sedap!! lagi2 kalau ada kerak2. Ni mama C&P dari dapur Hasue. Thanks to both ladies Zana & Hasue :D



Kuih Bakar Pandan - zana08


Bahan-bahan

* 1 cawan tepung gandum
* 1 cawan gula
* 1 cawan air pandan
* 1 cawan santan
* 1 cawan susu cair (sejat)
* 3 biji telur
* Sedikit pewarna hijau
* Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.
4. Taburkan bijan (jika suka)
5. Bakar 40 minit pada suhu 180c/ hingga masak.


2 comments:

Mas said...

mas pun dah try buat kuih bakar zana ni....best...
memang sedapppp...

aidah said...

Salam Hawa,
sy tak pernah buat kuih bakar ni. Memang macam ni ke bila dah siap , memang dia mendap ke dalam ya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...