Tuesday, May 18, 2010

Ayam Goreng Madras


 Assalammuailaikum dan Salam Sejahtera buat teman2 yg diingati :) kesian kat teman2 yg datang berkunjung ke teratak mama yang asyik terpadangkan Sago Puding yg dah basi itu... Sorry lah beberapa hari yang lepas agak sibuk sikit... dapur pun tak berasap.... kes makan kat luar saja. So hari ni dah hilang kepenatan dan jugak kemalasan..hehehe dapur dah kena berasap lah.
Ayam Goreng Madras ni mama nampak kat rumah Leen, Hana & baru2 ni kat rumah Ika pulak..




Resepi mama C&P jer dari rumah Hana. Thanks yer Leen kerana berkongsi resipi :)

AYAM GORENG MADRAS
Source : Majalah Rasa Mei 2010

Bahan-bahan
  • 500gm ayam
  • 60gm Bawang Merah }
  • 60gm Bawang Putih } dikisar
  • 60gm Halia }
  • 3 sudu makan serbuk kari ayam
  • 2 sudu makan serbuk kunyit - mama letak 1 sudu mkn jer
  • 1/2 sudu teh lada putih
  • 4 sudu makan tepung beras
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menggoreng
  • 3 sudu makan dadih
Cara-cara
  • gaulkan bahan-bahan yang telah dikisar bersama ayam
  • kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali minyak
  • gaul sebati dan perap setengah jam atau lebih
  • panaskan minyak, goreng ayam tadi
  • hidangkan bersama sos atau pun dadih.

2 comments:

izahdaut said...

assalamualaikum mama..saya sihat..oo bz patut senyap jee..nmpak sedap ni..kalu ltak dadih rasa msam2 tak? nak try la juge

Mama Hawa/Mama Nani said...

Wsalam Izah :)
Kalau suka yg masam2 kira okay lah.. mama tak letak pun makan dgn sambal tumis pun sedap :P Cubalah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...