Friday, May 28, 2010

Simple Coeslaw & Crispy Potato Wedges


Salam semua dipetang hari Jumaat...
Cuti2 begini masak simple jer....
Buat coeslaw & potato wedges ni utk dimakan bersama chuncy cornflakes chicken atau senang ckp 3'c's.


Jalan2 kat rumah Hana semalam...terjumpa resipi Potato Wedges. Hana pulak ambik resipi dari Noorsha. Tak mahu sokseh panjang2 lah..meh kite tgk resipi dibawah ni :)
 
Bahan-bahan
  • 2 biji kentang saiz XL - potong berbaji
  • 2 sudu teh serbuk lada hitam berperisa AJISHIO- mama gunakan yg biasa jer
  • 1 sudu teh serbuk cili
  • 1 biji putih telur - dikocok
  • Tepung gandum secukupnya untuk salut
  • Garam
Cara-cara
  1. kentang dibersihkan dengan air suam untuk buang kotoran dikulit. setelah bersih, potong berbaji. kulit kentang tak perlu dibuang.
  2. Rebus kentang bersama sedikit garam hingga empuk. Setelah empuk, angkat kentang dan toskan.Tunggu hingga agak suam² sedikit.
  3. Selepas itu, satukan serbuk lada hitam dan serbuk cili di dalam plastik. Masukkan kentang tadi dan goncang² sehingga kedua² serbuk tadi bersalut dengan kentang.
  4. Kocok telur putih, tak perlu sampai kembang. Masukkan kentang satu demi satu ke dalam telur kemudian salutkan pula dengan tepung sepenuhnya.
  5. goreng dengan api perlahan hingga keemasan.
  6. Hidangkan panas² bersama sos thousand island & mayonis.

2 comments:

Mas said...

mas pun buat wedges dan coslow pagi tadi, sedap kan mama

Mama Hawa/Mama Nani said...

mmg sedap mkn mcm gini ..nyum3x

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...