Thursday, May 20, 2010

Pecal


Salam & Selamat malam semua!!!
Nazli cakap "Selamat Datang ke Singapura" hehehe menyampuk dia... ni lagi tunggu kat sebelah dah nak pakai pc.
Teringin pulak nak makan Pecal. Pagi tadi nak masuk MyResipi.com lambat betul. So cari2 dapat lah resipi Cik Sheila Rusdi kita :) Pecal Mak Saya..bukan mak mama tau...hehehe mak Sheila Rusdi :)
Disini mama nak berkongsi resipi Sheila bersama teman2 mama.

Bahan2
500gm kacang tanah - digoreng & ditumbuk
10 tangkai cili kering - ditumbuk halus - mama lebihkan sedikit
2 biji bawang besar - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
sedikit belacan - digoreng sebentar
1 sudu makan asam jawa - diramas bersama air suam
garam,gula & minyak secukup

*mama goreng kan cili kering,bawang besar & bawang putih sehingga layu takut rasa bawang yg mentah sebab kuah kacang ni tak perlu dimasak*.


Sayurnya
kangkung/kacang panjang/tauge/tauhu/sengkuang

Cara2 membuat
Tumbuk kacang dahulu kemudian barulah bahan2 yg lain. Gaulkan sekali. Masukkan air suam,asam jawa,gula dan garam secukup rasa.
Gaul sebati ikut sepekat mana dan rasa yang anda mahu. Sedia untuk dihidangkan.
Sebelum dimakan, celur sayur-sayuran dan tos. Kemudian curah kuah kacang pada sayur. Bolehlah dihidangkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...