Friday, May 21, 2010

Kuih Kaswi Lapis



Bertemu kembali di petang hari Jumaat :)
Sempat buat kuih kaswi lapis ni tadi tengahari...
Resipi kuih Kaswi Lapis ni dari rumah Yatie US. Mula2 takut jugak sewaktu melapis sebab tak pernah buat kaswi lapis..tapi allhamdullillah.. menjadi. Memang sedap.. sesuai untuk orang2 yang tak berapa suka manis..tapi kalau yg hendak manis..tambahkan sendiri amount gula 2...



Mama buat versi yg kecil2 ....
Kepada Yatie mama ucapkan terima kaseh banyak2 kerana sudi berkongsi resipi...Memang tak menghampakan!!!
Meh kita tengok resipi :)

BAHAN A
  • 1 1/2 cawan tepung gandum*
  • 1/2 cawan tepung ubi*
  • 1 camca besar tepung pulut*(*digaul rata dan ayak)
  • 1 cawan gula merah ( guna gula melaka pun boleh)
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 2 camca teh air kapur
BAHAN B
  • 7 helai daun pandan, kerat kecil2*
  • 150 ml air*(*kisar dan tapis untuk jusnya)
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 400 ml air
  • 150 g tepung beras*
  • 70 g tepung ubi*(*digaul rata dan ayak)
  • 1 camca teh air kapur
  • Beberapa titik pewarna hijau
BAHAN C
  • Kelapa parut secukupnya, kukus sekejap
  • Sedikit garam halus
CARA MEMBUATNYA :
  1. Panaskan kukusan, balut tutup kukus dengan kitchen towel bersih. Sapu sedikit minyak pada dasar dan tepi loyang. Alas dasar loyang bulat dengan plastik bersih (potong ikut saiz dasar loyang). Ketepikan.
  2. Dalam alat pengisar, kisar semua bahan "A" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu bekas. Kemudian kisar semua bahan "B" hingga sebati dan halus, tapis ke dalam satu lagi bekas.
  3. Sukat bancuhan "A" sebanyak 400 ml, tuang dalam loyang tadi dan kukus 10 minit. Kemudian tuang pula bancuhan "B" sebanyak 400ml, kukus 10 minit. Buat secara berselang seli hingga habis. Masa kukusan untuk setiap lapis selama 10 minit.
  4. Akan menghasilkan 3 lapisan gula merah (bancuhan "A") dan 2 lapisan pandan (bancuhan "B"). Biarkan kuih betul2 sejuk sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.
** Saya lapis ikut macam kuih lapis...selapis demi selapis, terpulang pada masing2 ya...
CATATAN :- Kacau bancuhan tadi bila hendak menyukat dan ketika menuang ke dalam loyang.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...