Wednesday, May 12, 2010
Nasi Temasek
Nasi Temasek... hmmnnn bila tengok kat rumah Nur jakun jugak mama ni..warna warni nasi ni..ada ala2 nasi minyak... memang lengkap kalau makan dengan Ayam Berempah & Paceri Nenas Pedas...
Nasi Temasik
Bahan-Bahan
1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil - dimayang
2 1/2 halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
1 cawan minyak
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
sedikit badam goreng jika suka
sedikit kismis untuk ditabur
Cara-Cara
1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.
2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.
3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.
4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
warna-warni
WOW, what a colorful and tempting rice! Tgk bahan lebih kurang sama with the my Ghee Rice style...tapi love letak kaler sikit2 je...
Urs is looking divine! ;)
fuzidss :)
Ala2 nasi minyak..ni versi yg warna warni..hehehe
Love:)
Mmg colourful nasi ni Love mmg nasi minyak cuma di warna kan ..hehehe utk menarik perhatian..kikiki
Post a Comment