Monday, May 10, 2010

Ayam Penyet


Bertemu kembali :) Semalam mama masak Nasi Ayam Penyet set utk semua dirumah dan jugak buat kedua "mak" my mom dan jugak my mother in law...

Resipi dari rumah Ijan Finland... jauh ambik resipi ni... hehehe thanks Ijan Mama C&P resipi dari mu... tapi mama buat perubahan sikit. Selalu makan di kedai Ayam Penyet mereka menggunakan nasi putih saja..tapi pada mereka yg ingin menggunakan nasi ayam terpulang mengikut selera masing2 :)


Penyet


Untuk Ayam
1 ekor ayam – potong 8 bahagian, rebus selama 10 minit dan toskan
(simpan air rebusan ayam untuk buat sup)-kite guna air nie jgk utk masak nasik
  • ½ sudu besar Jintan Manis – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • ½ sudu besar Jintan Putih – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 3 sudu besar Biji Ketumbar – goreng tanpa minyak hingga naik bau
  • 1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
  • 1 sudu besar Serbuk Kunyit
  • ½ sudu besar Serbuk Lada Putih
  • 3 ulas Bawang putih
  • 1cm Halia
  • Sedikit Air
  • 1 sudu kecil Garam
  • Minyak masak untuk menggoreng.
  1. Masukkan kesemua bahan (kecuali minyak masak) dalam pengisar, kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan yang telah dikisar pada ayam dan perap semalaman.-perap lama2 cenggini best.
  3. (Simpan bahan kisar yang berlebihan untuk goreng tempe dan tahu.)- kite tadak tauhu/tempe. Tak buat.
  4. Setelah perap semalaman, golek-golekkann pada tepung beras.
  5. Panaskan minyak dan goreng hingga garing.

Untuk Nasi-yg nie resipi sendirik. kite buat ikut resipi ala2 nasi ayam. utk 2 org makan je nie.

  • 1 cawan beras dibasuh dan ditoskan
  • 3 ulas bawang putih
  • satu btg kayu manis
  • dua biji buah pelaga
  • satu kelopak (kelopak ke? hehe) bunga lawang
  • sedikit butter
  • garam
  • separuh kiub pati ayam/daging
  • 2 cawan air rebusan ayam (yg disimpan td)
  1. Panaskan butter. Tumis 3 ulas bawang putih, kayu manis, bunge lawang dan buah pelaga sehingga wangi.
  2. Masukkan beras yg dah ditoskan. Kacau lebih kurang 3-5 minit.
  3. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kiub ayam/daging. Tunggu sehingga menggelegak sedikit.
  4. Pindah ke periuk nasi letrik dan masak cam biasa.
Cara hidangan-
Hidangkan ayam penyet,tahu, tempe, sambal dan sup bersama ulam seperti daun salad, tomato dan timun dengan nasi.
*Boleh juga perahkan sedikit asam limau pada sambal jika suka masam.


Untuk Sup.
  1. Masukkan garam secukup rasa pada air rebusan ayam.-kite tambah ayu manis, bunga lawang, pelaga dan ketumbar (boleh masukkan terus sup bunjut kalo ade).
  2. Panaskan sebelum dihidangkan. Tabur hirisan daun sup dan daun bawang pada sup semasa disajikan.

3 comments:

ZuRaNaI said...

sedapnye mama..hiii

Mama Hawa/Mama Nani said...

hehehe dah kata nama ayam!!!
Zuranal suka makan ayam?

fuzidss said...

memang sedap niii saya akan cubaaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...