Wednesday, May 12, 2010

Masalodeh

 
Salam & Selamat Pagi semua... pening sekejap dibuat nyer... takpe tapi hasil nyer menjadi...
Cuba resipi masalodeh ni dari MyResipi - Isya Irfan Terima Kaseh kerana menyumbang resipi yang diperolehi dari penjual kacang putih di stesen bas.

Masalodeh

Bahan-bahan ( Dalam 6-8 biji )

  • 2 genggam kacang dal - direndam semalaman
  • 1/2 bii bawang besar-didadu
  • Cili padi/cili kering/cili merah/cili hijau-dihiris
  • Daun kari -dihiris
  • 1/2 kiub pati ikan bilis
  • 1/2 sudu kecil jintan manis-ditumbuk kasar
  • 1/2 biji telur
  • secubit tepung ubi -untuk melekatkan adunan, jangan banyak sangat, nanti liat, tp kalau adunan dh agak boleh dibentuk, tak payah letak tepung ubi pun takpe..

Cara-cara

  1. Kacang dal ditumbuk atau kisar -jangan letak air.Kalau tak hancur sume pun takpe.
  2. Dalam satu bekas, campurkan kacang dal, bawang, daun kari,cili serbuk ikan bilis, jintan manis, telur, tepung.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan aji. Jangan risau kalau rasa adunan tu pahit sikit, nanti goreng ok lah dia.(garam jangan banyak sbb serbuk pati ikan bilis dh masin)
  4. Gaul rata bancuhan dan kepal2 kan. Bahagi kepada 6 atau 8 biji
  5. Ambik satu biji, kepal2 biar padat dan goreng dalam minyak panas. Semasa menggoreng biar bahagian bawah garing dulu baru terbalikkan, kalau tidak kuih ni cepat berderai. Goreng hingga garing/masak.
  6. Selamat mencuba.  

3 comments:

fuzidss said...

my husband love this ...saya archive ya

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak! First of all, I simply loved Ur blog background! Gorgeous! ;)

2nd, I like to eat masalodeh...but never tried doing it myself! hehehe...pass me some pls! ^___^

Urs is looking terribly yummy! Owhhhh...drools!

Mama Hawa/Mama Nani said...

fuzidss:
sama kat sini.. cik hubby suka makan ngan cili hijau..tapi disbbkan cili hijau 2 tak pedas..dimkn ngan cilipadi..baru ada umph!!

Love:
Thanks Love..baru nak tryout the new layout from blogger :)
Me also.. takpe nak buat beli saja... help yourself wif the serving..kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...