Friday, June 24, 2011

Telor Dadar Pecah Serangkak


hehehe ari ni lauk pauk yg simple dapur Ummi mama cuba lagi nih..memang sedap & sesuai pada tekak kami di rumah yg suka makan lauk2 kering2... dah tak payah masak sayur pun. Sebab nak cepat & dah lapar!!!
Sekali lagi terima kaseh yer Ummi...


 TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

  • 4 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-Cara:-


  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.

14 comments:

Amie said...

cantik....amie tak tahan tang telur 1/2 masak tu...yummy....

tun_telani said...

hihi.. omey je nama resepi nih.. nmpk pun sedap. bagusnyer famili ma, kalau kt umah tun nih, mmg kene ada tambahan lauk yg berkuah.

anymz said...

alahai terliur pulak nengok telur serangkak hawa ni..akak belum cuba lagi tapi dah masuk dlm list dah..

Mas said...

terliurrr nengoknya....
nak sikittt...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

lajunye mama masak lauk kak ummi ni.. saya masih lagi terkial2... masih merangkak2 nak cuba resepi telur pecah serangkak ni.. hehehe.. tapi memang nampak sedap & sempoi kan... mesti best nih..

Mama Hawa/Mama Nani said...

Amie..nak separuh msk..nak msk terus..hehehe mmg sedap kat tekak Hawa nih..

Mama pun tak faham apa maksud pecah serangkak..hehehe anak2 mama tak kisah sgt tapi dah telur nama nyer bedal jgk diorg..tapi kicap tak lps Tun...

hehehe cuba lah Kak Anymz..

mas.. hehehe dah habis daaa... 4 biji jer share2 ngan anak2 :)

Madihaa... dah tak de idea nk msk..bila blk rumah dah kol brapa so nak cepat nak mkn... lauk2 sempoi begini lah yg selamat kan keadaan ... cuba Madihaa jgn tak cuba :)

Nazrah said...

aik...namapun special..

Juwita Jamaludin said...

Mama.. laju je buat resepi kak ummi ni ye.. sedap nampak tergoda la.. nak buat gak la masuk list

Anna Qawina said...

nama tu yg mahal tu..hehe..

mama : saya buat ciskek dlm loyang tu kan, bila keluarkan tak koyak, kita just angkat je bawak keluar, dia tak melekat kat loyang, tarik pelan2..nak potong tu pandai2la...hihi

Mama Hawa/Mama Nani said...

Nazrah...hehehe :) Sedap tau!!

ita... dah buntu otak nih.. lapi pun resipi Ummi senang jer nk msk..bahan2 tak susah..time kelam kabut blk dari tgk abak tiap2 hari..perut lapor nak kena isi..cepat di msk kenyang perut bila dh mkn..hehehe

Anna.. hehehe mahal ke???
Okay thanks for the tips.. mama rasa kena lah letak tebal sikit jg bila kluarkan tak koyak..okay2 :)

inahar ali said...

fuiyoo mama..nama menu pun dh melotupss..anak2 mesti suker nih sbb menu telur mmg feveret!!

ibundo said...

sedapnya telur goyang goyang tu. anak2 mesti suka ni..

Ummi said...

Salam mamaHawa....waaaaa, akak pulak terliur tengok....terima kasih kerana sudi cuba dan gembira dgr feedback dr mamaHawa...hehe

Jun Juliana said...

wahh..menarik ni..leh wat lauk sahurr...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...