Friday, March 5, 2010

Acar Ikan Masin


Selamat malam semua. Cepat nyer ..hari berlalu. Besok dah pun hujung minggu.
Nampak resipi unik di rumah Dayang Jack terpanggil untuk mencuba nyer. Yum3x.. terima kaseh Dayang kerana sudi berkongsi resipi.. Mama minta izin letak resipi di sini yer..


Acar Ikan Masin

Bahan-bahan :
  • 300 g isi ikan masin (ikan talang/ikan kurau/ikan merah)
  • 200 g gula 2 inci halia (dimayang halus)
  • 100 g kismis
  • 100 g lobak asin
  • 1 sk serbuk jintan manis
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk kunyit 10 ulas bawang merah (biarkan sebiji-sebiji)
  • 1/2 cawan cuka (DJ campurkan sekali dgn jus limau kasturi) - mama gunakan cuka
  • 1 cawan minyak utk menumis
  • 1 sb bijan goreng- x letak

Bahan Kisar :

  • 10 tangkai cili kering
  • 5 cm halia
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih

Cara-cara:
  1. Ikan masin dipotong kecil dan gorengkan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar, jintan serta serbuk kunyit hingga wangi dan pecah minyak.
  3. Masukkan cuka dan gula. Kacau rata.
  4. Bila sudah mendidih, masukkan pula kismis dan lobak asin. Biarkan seketika.
  5. Sebaik mendidih, masukkan ikan dan bawang. Gaul rata.
  6. Taburkan bijan goreng.



Memang betul kata dayang.. tak susah nak menyediakan. Mudah dan sedap!!!. Tadi mak mama makan dengan bubur putih saja.. memang sesuai dengan cuaca sekarang yang tak menentu.



3 comments:

dayang_jack said...

salam mama, mengancam betul lah gambar acar ikan masin mama tu...kecur liur dibuatnya....tq krn sudi cube resepi ni yg asalnya adalah resepi Chef Haneiliza. Kredit to Kak Liza....

pssttt! mama, ade lg ker tu?? nak sikit leh?? ...hehe

fuzidss said...

memang betul tu dayang, warna merah tu menarik sungguh... dah la hari ni tak jamah nasi... leleh dah ni

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Wslm Dayang :)
Alah mana blh lawan dayang punya :) Tq to Dayang N Chef haneiliza : Dah tinggal sikit jer dayang..hehehe

fuzidss :)
kesian nyer fuzidss!!! Mkn lah nnt sakit sapa yg susah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...