Selamat Petang & Salam buat semua... dah petang pun :)
Hari Isnin yang banyak kerja nak diselesai selepas berhujung minggu ... Sib baik tadi pagi dah habis lipat kain baju yang dah 2 hari x telipat...
Hati masak rempah untuk lunch.. Insyaallah kalau rajin.. nak kukus tauhu untuk dinner.. semua bahan2 dah siap cuma nak kukus tauhu jer...
Ni Hati masak rempah mama masakkan untuk lunch :) Biar dia orang makan lauk ni dulu..
Masak Hati dengan menggunakan rempah biji yang mama sangai - spt : ketumbar, jintan kasar, jintan halus & lada hitam. Semua disangai dan dikisar halus. Simpan dalam fridge..bila2 masa hendak masak senang...
Hati lembu dlm 1/2 kg
Cili kisar
bawang besar
bawang putih
halia
kunyit
rempah yg tlah disangai dlm 2-3 sudu makan
rempah kari
garam & gula
air asam
Seperti biasa bawang besar, bawang putih, halia, cili kisar, halia & kunyit dikisar halus. Campur kan dgn serbuk kari dan rempah yg tlah disangai. Kacau dgn sedikit air.. & tumis sehingga garing dan wangi. Masukkan hati dan sedikit air asam . Rasakan garam & gula. Kecilkan api dan dan masak sehingga hati empuk.
No comments:
Post a Comment