Wednesday, March 17, 2010

Tortilla Rolls aka Pratha Rolls


Bila tengok rumah kawan2 buat Pratha Roll terpanggil jgk untuk buat..tapi bila pergi supermarket nak beli Instant Pratha terbeli pulak Tortilla...hishhhhh tak kan nak buang kan sayang rezeki. So terjadi lah Tortilla Rolls instead of Pratha Roll. Mmg sedap & mudah untuk buat breakfast.


Nampak kat rumah Hana, Ika , Zai... semalam nmpk jgk kat rumah sapa lagi... tak ingatlah..dah byk yg mencuba...Tak makan bersama curry..tapi cicah bersama mayonis :)

Resipi mama ambik dari rumah Zai KL cuma perbezaan nyer mama letak sekali slice cheese semasa menggulung. Mama C&P jer resipi dari rumah Zai :) Kepada semua terima kaseh :)

Bahan:-
  • 5 keping frozen plain paratha (akak guna jenama Kawan) - mama gunakan tortilla
  • 5 biji telor - dipukul sedikit
  • sedikit daun bawang - hiris halus - x letak
  • 1/2 biji bawang besar - dicincang halus -x letak
  • sedikit lada sulah
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak zaitun untuk menggoreng paratha- gunakan minyak biasa
  • beberapa keping slice cheese (jika suka utk dimakan begitu saja)- letak kat dalam semasa menggulung

Cara-Cara:-

  1. Panaskan non-stick pan dan letakkan beberapa titis minyak zaitun dan goreng paratha hingga sedikit garing kedua2 belah. Buat hingga siap dan ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, campurkan telor bersama bawang, daun bawang, lada sulah dan garam. Kacau rata.
  3. Gunakan pan yang sama tadi, letak sedikit minyak dan tuangkan 3 sudu besar adunan telor, biar adunan membulat dan tekapkan segera paratha yang telah digoreng tadi.
  4. Masak lebihkurang 2 minit dan bila adunan telor telah melekat pada paratha, angkat ke dalam pinggan leper. Buat hingga habis.
  5. Gulungkan terus ketika masih panas. Potong sebesar 1 1/2 inci dan atur dalam pinggan. Hidangkan bersama kuah kari ayam dan sedap dimakan ketika panas2 suam.



1 comment:

fuzidss said...

pakat semua buat ni.. ini naikkan semangat ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...