Thursday, March 18, 2010

Telur Kukus


Bertemu kembali di malam hari yang sama :D
Hari ni macam tebyk N3 plak... hehehe gara2 lauk masak tengahari tak cukup...terpaksa lah mama masak lagi... Telur Kukus ni sempat mama masak sebelum cik hubby balik dari kerja. Cepat & lazat nak menyediakan nyer.


Bahan2
8 biji telur - dipukol sebentar
1 biji bawang besar di potong kasar
1 batang cili merah di hiris tipis2
2 tangkai daun kucai diracik halus
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh kicap cair
secukup lada sulah

Cara2
Sediakan mangkok tahan panas & steamer. Semua bahan2 dicampurkan kedalam mangkok bersama telor yang telah dipukol sebentar kacau semua bahan sehingga rata. Masukkan kedlm mangkok kaca dan kukus dalam 5-10 atau sehingga masak. Boleh dihidangkan bersama sos kegemaran :)


Mama letak sweet n sour sos. Makan telur ni panas2 lagi enak..terasa bawang yg crunchy2.

1 comment:

NORAIN said...

teringat zaman sekolah dulu...bila hampir tiba raya, mesti nak buat biskut tart...waktu ni la buat telur kukus...sebab telur kuning guna utk sapu kat tart, telur putih bermangkuk2 tak tahu nak buat apa...kakak saya kata, kita kukus je...sedap juga kan mama?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...