Monday, March 1, 2010

Tauhu Kukus sos pedas


Salam Bertemu kembali di hari yg sama... hehehe tak leh tengok lah tauhu.... memang febret kat sini :P Ni tadi pagi mama nampak kat rumah Hana pagi2 dah tayang Tauhu kukus sos pedas. Macam memanggil2 kat mama..hehehe so senang cerita ni mama kukus time cik hubby nak balik dari kerja... makan panas2 dengan lauk hati rempah... memang sedap!!!! Licin terus kat tekak ni... macam terasa kat tekak ni tauhu berlalu...hehehe...

Terima kaseh lah pada Hana & Dayang Jack kerana berkongsi resipi... disini mama C&P resipi dari rumah Dayang... halal yer sis :)




Bahan-bahan :
  • 1 keping tauhu lembut (dikukus)
  • 1 sudu makan cili kering kisar
  • 2 ulas bawang putih (dicincang/ditumbuk kasar)
  • sedikit sos tiram
  • sedikit kicap manis
  • sedikit sos cili
  • sedikit sos tomato
  • sedikit bijan (disangai) - mama x letak
  • sedikit air
Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali/periuk. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga kering. Kemudian masukkan sos tiram, kicap, sos cili, sos tomato dan air secukupnya. Setelah masak, siramkan di atas tauhu dan taburkan bijan.

3 comments:

fuzidss said...

Salam Hawa.. salam pengenalan. Saya Dayang Sophia tp lebih dikenali dengan nama Fuzidss di alam syber. Moga dapat mengeratkan ukhuwah antara kita ya

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam perkenalan jgk dari Hawa:) Selamat berkenalan :)

fuzidss said...

Thanks sis kerana sudi Follow my blog...keep it posted

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...