Saturday, March 13, 2010

Kuih Bakar Pisang

Salam Semua di pagi hari Sabtu yg cerah di bumi SG :)
Sibuk sekali sebab nak menyediakan masakkan untuk anak mama Shasha n her frendz berbbq di West Coast Park nanti ....

Sebenar nyer Kuih Bakar ni mama buat tengahhari semalam..memang tak sabar nak mencuba bila ternampak kat rumah Ayu...kerana... kat rumah mama pisang memang febret anak2. But for cik hubby memang dia tak suka manis2 lebih pada pedas2..



So this is the best part... suka tang kerak2



Lembut & penuh dengan pisang ada rasa macam jemput2 pisang.... Tapi apa pun kuih bakar pisang ni memang mudah untuk disediakan dan yg paling penting....SEDAP!!!!

Thanks kepada Ayu kerana menengahkan resipi dari Cikgu Zana kita yang walaupun sibuk dengan tugas sebagai pendidik masih sempat menyediakan juadah yg menarik buat keluarga :)

Macam biasa ..... resipi mama C&P dari rumah Zana.

Bahan2
1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar - mama gunakan pisang berangan dlm 10 biji yg kecil
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*

Cara2
1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi bestt

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...