Friday, March 5, 2010

Mash Potato wif Black Pepper Sos


Salam semua di pagi Jumaat yg dingin dan berangin di sini... Apa khabar semua.. mama harap teman2 semua berada di dalam keadaan sihat sejahtera disamping orang2 & keluarga tersayang :)

Pagi ni breakfast heavy sikit... Mash potato bersama sos dan dayang2 sebagai penggiring nyer..hehehe

Ni resipi untuk sos blackpepper.. mama buat awal sikit. Boleh simpan dalam fridge. Besok pagi cuma panas kan saja :)


Bahan-bahan:
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk- kali ni x letak
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream- gunakan susu segar
  • 1 sudu kecil black pepper

  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper- letak black pepper sos
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara membuat:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis². Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bawang putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper ke dalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya. Kalau takda potato masher, guna electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bawang putih dan black pepper hingga wangi. (jangan sampai garing sangat, tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit² sampai gravy tu tak pekat, tak cair. (kalau suka pekat², tambah lagi..ikut selera masing²)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

4 comments:

Love2cook Malaysia said...

Hi Kak, Love pun nak join brekpas!!! ;)

sonata anak kancil said...

nak buat jugaklah....baca2 sedap ni! sesuai untuk orang sakit ni...kita salin resepi yer...TK

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Nida nak sikit...:-)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Hi Love :)
Come2 yr welcome to join us :)

Sonata:)
Buat jgn tak buat..hehehe kalau utk org sakit kena kurang kan blackpepper sikit..tapi kalau nak mkn potato jer mmg sesuai..Try lah :)

Nida :)
Wslm.. meh sini..hehehe mcn dekat sgt lah 2...hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...