Friday, March 19, 2010

Daging Dendeng

Nampak kat rumah Maria KK. Sempat mama menyediakan sebelum cik hubby pulang.
Pada mama memang kena pada tekak sebab tak berapa pedas..begitu jgk ngan Nazli. Tapi cik hubby ckp tak sedap... sebab tak pedas!!!!! Ya lah!!! bang next time mama buat pedas sikit ok...

Kepada Maria thanks yer kerana sudi letak resipi untuk dikongsi bersama... Next time ada resipi baru kita kongsi bersama k :D


Seperti biasa mama C&P dari sana :)

bahan A

1 kilogram daging
2 inci halia(diketuk)
3 batang serai(diketuk)
2 cawan air
garam secukup rasa

bahan B(dikisar)

10 tangkai cili kering
15 tangkai cili merah
10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besra rempah kurma
1 sudu besar gula merah

cara membuatnya

-daging dibersihkan,kemudian digaulkan dengan sedikit garam dan direbus bersama serai dan halia hingga lembut.
-daging dihiris nipis tetapi lebar.kemudian digoreng hingga garing dan angkat.
-tumbukkan daging didalam lesung supaya lebih lembut.
-panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang dikisar hingga wangi.
-masukkan daging tadi dan gaulkan hingga rata.
-sesuaikan rasanya kemudian angkat dan hidangkan.

mama tambah sedikit air rebusan daging supaya berkuah sedikit.
blh tambah kan cili padi sedikit jika mahu pedas :)

1 comment:

fuzidss said...

phewww memang mengancam laa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...