Wednesday, June 29, 2011

10 - Spice Fried Chicken


Assalamualaikum & Selamat pagi teman2 sekalian...

pagi nih nk tayang ayam goreng yg bernama 10 spice fried chicken oleh Amie...

10 spice bukan lah bermakna 10 jenis rempah ratus yer .. tapi 10 bahan2 yg digunakan sahaja. Simple jer ayam goreng ni.... mama tak sempat pun hendak perap ayam ni terus saja goreng... Buat lunch nasi lemak pada hari minggu yg lepas.. alah nasi lemak biasa2 jer..

Thank u yer Amie.. selalu bertandang ke dapur mama .. ni mama mintak izin C&P resipi di sini supaya boleh buat rujukan anak2 atau teman2 yg lain :)


10 Spiced Fried Chicken 

Adapted by : A Taste of Batu Gajah Traditional Malay Family Recipes
By Datin Seri Raihan Abdul Rahman with recipes by Datin Norsiah Bakhari
source : Cikgu Amie Sabah

Resepi asalnya seperti berikut:

10 - Spice Fried Chicken
1 1/2 kg whole chiken - cut into bites sizes - Amie gunakan 2 belah bahagian peha sahaja
oil for deep frying

Blended ingredients:
4 cloves garlic
6 shallots
3 - inch piece ginger
1 heaped tbsp cili boh
1 heaped tbsp curry chicken powder
1 level tbsp kunyit (tumeric) powder

3 sprigs curry leaves
2 tsp salt
1 1/2 tbsp sugar
1 tsp white pepper







This is really such an easy dish to make. All you need to do is ti marinade the chicken in the blended ingredients and left it stand for at least 30 minutes, then heat the oil and deep fry the chicken. As much as possible, serve it piping hot so the crispness of the chicken skin can be fully savored.

Tuesday, June 28, 2011

Popiah & Semosa Inti Sedap

Salam tengahari teman2 semua..
Baru nak tayang menu breakfast tadi pagi... hehehe orang lain dah tayang menu makan tengahari mama baru nak tayang breakfast..tapi nak buat cam mana kalau dah sempat kan!!

Semosa & Popiah di instantkan & simpan dlm freezer..bila dah boring ngan roti for breakfast.... goreng di jadikan sarapan pagi atau bekal ke sekolah.. Nak buat cam popiah pun blh lagi senang kerja nak buat cam semosa leceh lah sikit

Ramai teman2 di luar sana yg dah mencuba resipi dari Hana nih..memang best tau! Dengan inti sedap ni boleh buat macam2... karipap, goreng ngan roti., semosa atau popiah dan mcm2 lagi kalau nak buat.. Terima Kaseh sekali pada Hana yg dah byk sekali menu2 menarik dikongsi di food blogger & juga di majalah Jelita :)


Pernah buat karipap inti sedap lama dulu..blh ke sini...
Ni mama copy lagi resipi disini... dah tengah free nih ki3x :)



Bahan untuk inti :
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari
  • daun sup - cadangan dr mamakastam.tQ!
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji@ potong dadu.
  • 21/2 sudu besar kari ayam/daging
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air


  1. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  2. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering.last skali taburkan daun sup yg dipotong halus.
  3. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  4. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi. kalau gunakan utk buat popiah atau semosa sama jgk...
  5. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)

Monday, June 27, 2011

Red Velvet Cake

Salam sejahtera teman2 semua ...




Allhamdullilah.... berkat kesabaran & my birthday wish nak sangat buat cake birthday sendiri walaupun tangan mama yg kaku lagi keras ni akhir berjaya juga menghasilkan cake sibaldu merah ni.

Friday petang dah siap bake cake biarkan betul2 sejuk dan pagi Sabtu siap menghias dgn cheesecream frosting... semua ni mama buat sendiri tanpa dilihat oleh anak2 atau pun cik hubby.

And to be honest ... in adalah cake yg ke 2 mama buat from the scratch- makna nyer dari membake cake sampailah mendeco sekali... yg 1st masa buat cake birthday si shasha..



recipe spt biasa mama ambil dari dapur Ayu... yg mama senangi sekali..in fact byk sungguh resipi2 dari dapur Ayu yg telah mama cuba..ada jgk yg tak terbuat esp the birthday cakes!!! Insyallah sekira di berikan kesabaran & keyakinan diri akan mama cuba :) Thanks yer Ayu,... akhir nye impian mama hendak menikmati cake si baldu merah ni menjadi kenyatan... Im so happy (^_^)


Red Velvet Cake
source: Ayu 

Ingredients:
12/3 cup self raising flour-(12/3 cawan tepung naik sendiri)
2 tbsp cocoa powder-(2 sudu besar serbuk koko)
1/2 tsp baking soda-(1/2 sudu kecil baking soda)
110g butter-(110g mentega-Ayu gunakan 125g)
1 cup fine sugar- (1 cawan gula halus-Ayu gunakan 3/4 cawan )

2 large eggs-(2 biji telur besar)
1/2 cup milk-(1/2 cawan susu)
1/4 cup buttermilk-(Ayu made 1/2 cup milk + 1/2 tbsp distilled vinegar- leave it for while abt 15-20 minutes-but used only 1/4 cup)-(1/4 cawan buttermilk-Ayu buat 1/2 cawan susu + 1/2 sudu besar cuka biarkan hingga 15-20 mint- digunakan hanya 1/4 cawan untuk resipi ini ya)

1 tsp vinegar-(1 sudu kecil cuka)
1/2 bottle liquid red colour or 1 tsp red gel-(1/2 botol warna merah cecair atau 1 sudu kecil gel warna merah- ayu gunakan 11/2 sudu kecil wilton -no taste)mama tambahkan lagi 1 sudu pewarna merah



Cream Cheese Frosting


250g Philadelphia cheese-(250g cream cheese)
125 butter-(125 mentega)
1 cup icing sugar-(1 cawan gula ising-Ayu gunakan 1/4 cawan)
1 tsp vanilla extract-(1 sudu kecil vanilla esen)
juice of a squeezed slice of lemon-(jus dari 1 hirisan lemon-Ayu gunakan 1 biji limau sambal)

Beat the cheese and butter, just until creamy, add the icing sugar, vanilla and lemon juice.-(Pukul cheese & mentega hingga berkrim, masukkan gula ising, vanilla dan jus lemon.)

Friday, June 24, 2011

Telor Dadar Pecah Serangkak


hehehe ari ni lauk pauk yg simple dapur Ummi mama cuba lagi nih..memang sedap & sesuai pada tekak kami di rumah yg suka makan lauk2 kering2... dah tak payah masak sayur pun. Sebab nak cepat & dah lapar!!!
Sekali lagi terima kaseh yer Ummi...


 TELOR DADAR PECAH SERANGKAK
Resepi: Ummi @ Home Sweet Home

  • 4 biji telor
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 1/2 cawan isi ayam - didadu kecil
  • 2 sudu teh rempah kari daging
  • 1 tangkai cili merah - dihiris halus
  • sedikit daun bawang
  • sedikit bawang goreng
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak untuk menggoreng


Cara-Cara:-


  1. Panaskan minyak dalam non-stick pan dan tumiskan bawang besar tadi hingga naik bau.
  2. Masukkan isi ayam dan diikuti dengan rempah, kacau balik hingga ayam masak. Ratakan ayam dalam kuali.
  3. Perlahankan api. Ambil sebiji telor dan pecahkan terus ke dalam kuali (ala-ala masak telor mata kerbau). Seterusnya pecahkan telor hingga habis dengan meletak telor perlahan-lahan di dalam kuali menutupi isi ayam.
  4. Tabur garam secukup rasa. Tutup kuali selama 1 - 2 minit.
  5. Bila nampak telor sudah 3/4 masak, tabur bawang goreng dan tutup api. Tolakkan telor dadar perlahan-lahan ke dalam pinggan. Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.

Jejari Ketam Cili Padi


Lambat bersiaran hari ni...macam byk kerja kena buat!!!!
So utk makan terpaksa jgk masak!!! Ini lah hasil drp BW yg sempat di buat tempoh  ari..bila nampak Ummi post cepat 2 print resipi...hehehe memang cepat dimasak sedap dimakan..betul kan Ummi ????

Minta izin yer Ummi C&P resipi dari dapur Ummi ke dapur Hawa supaya senang buat rujukan di kemudian hari & jgk buat anak2 yg dah mula hendak memasak dan mencari resipi2 diblog mama dier yg tak seberapa nih :) Mudah2 anak2 mama bertambah rajin ke dapur!!


JEJARI KETAM CILI PADI
Resepi: Ummi@HomeSweetHome

Bahan:-
  • 500 gm jejari ketam
  • 5 tangkai cili padi * - ltk 2 tangkai jer...
  • 2 tangkai cili merah * - ltk 5 tangkai
  • 6 ulas bawang merah *
  • 2 ulas bawang putih *
  • 1 cm kunyit hidup *
  • 1 cm halia * (ditumbuk)
  • 4 sudu besar kicap cair
  • garam dan gula secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • sedikit daun bawang - untuk tabur



Cara Memasak:-

  1. Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk dan kacau hingga nampak berminyak dan naik bau.
  2. Masukkan kicap cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebentar.
  3. Masukkan jejari ketam dan gaul balik perlahan-lahan dan masak 5 minit. (Jgn lama sgt, nnt hancusss). Seimbangkan rasa.
  4. Tutup api dan terus masukkan daun bawang dan gaul rata perlahan. Hidangkan.

Thursday, June 23, 2011

Black pepper Chicken cook by my love ones :)


Assalamuaikum kepada teman2 sekalian.... pagi yg indah nyaman,dingin & sejuk sekali di bumi Allah swt... bersyukur kerana dapat bernafas lagi pada hari yg berbahagia lagi bermakna sekali... hari kelahiran mama pada hari ini :) Alhamdullilah syukur pada Mu ya Allah..........

Buat petama kali .... anak2 surpise kan mama diorang dengan hidang makan tengahari yg agak lewat... Hubby siap pesan jgn bising2 bila anak2 kedapur..tapi dlm ati dah berkata "alamak! sure dapur aku nnt berantakan"
hehehe mmg betul pun!!! Lihat lah hasil nyer yg mereka bersusah payah menyediakan

*
*
*
*

Siap ngan list2 barang2...... resipi semua....... mama pun tanya.. resipi dari mana kau org ambik? hehehe Shasha jawab kat blog mama lah ki3x

 ni lah ruper Black Pepper Chicken Chop yg anak2 masak semln ...mmg dah lama tak buat ni... mungkin anak2 pun dah kepingin... mama speechless bila tengok hasil kerja penat anak2 di dapur...




Anyway... to my kids... Nurjannah, Nuraishah , Noor nazli n tak lupa jgk Ramshah ... thank u so much for yesterday..kenyang perut mama & Abah mkn..very juicy & spicy black pepper chicken well done kids..next time tak payah keluar celebrate masak sendiri lagi berbaloi :)

Wednesday, June 22, 2011

Apam Gula Hangus


Assalamualaikum & selamat pagi semua teman2 yg diingati selalu... mengapam kite semalam malam...hehehe sempat buat walaupun sekarang ni minat membaca dah dtg semula... Masak & kemas lebih kurang aje sbb nak layankan buku cerita yg baru di beli.. ms setebal 1048 entah bila nak habis baca

Okay bebalik pada cerita tang apam gula hangus yg Mas ceritakan siap letak cheese lagi mmg gabungan yg sepadu & sekata & serasa hehehe tak lah mmg sedap rasa yg plain tuh tapi bila rasa yg bercheese plak hai!! alamak sedap sangat mmg sesuai betul gabungan nyer :) Mama buat 1 adunnan gunakan acuan lompang plastik dpt lah dlm 18 biji semua sbb mama isi penuh sikit.. 1 bahagian versi plain dan 1 bahagian versi yg bercheese...Dpt lah merasa kedua2 sekali :) Thanks yer ladies :) mama C&P resipi dari dapur Mas.. Ni si Izah pun dah buat :)




Apam Gula Hangus Kak Jun Resepi 2
Resepi : Kak Jun
Sumber : MasDuniaku dan Izahdaut

Bahan :
  • 150 gm gula dan 100 ml air - dibuat gula hangus 
  • 70 gm butter - cairkan
  • 75 gm susu cair - Mas guna susu segar- mama pun
  • 1 biji telur dipukul
  • 150 gm tepung gandum
  • 1 sudu teh baking soda
  • secubit garam
  • 75 gm gulaMas letak 60 gm gula halus sebab tengok kat Myresepi Kak Jun kata apam ni manis sikit. Mama ltk 50 jer sesuai jer kemanisan nyer


Cara membuatnya :
  1. Masukkan butter yang dicairkan, susu cair dan telur ke dalam gula hangus.
  2. Dalam mangkuk lain, ayak tepung dan soda. Masukkan garam dan gula. Masukkan campuran gula hangus tadi. Kacau sebati.
  3. Acuan lompang tak payah disapu minyak sebab dah ada butter dalam adunan apam gula hangus tu, terus jerk masukkan adunan apam tadi ke dalam acuan lompang, dan picitkan sedikit cream cheese dengan menggunakan paip. 
  4. Biarkan air kukusan betul2 mendidih baru kukus adunan apam tadi.. Kukus selama 20 min dan balut tudung pengukus dengan kain untuk mengelak air menitik atas apam.

Monday, June 20, 2011

Nasi Lemak Hujan Panas....


Nasi lemak Hujan panas yg digandingkan dgn Ayam Negro memang sedap sangat2..
Cantik sungguh warna2 nasi lemak ni... suka sekali ngan kejadian nyer... Thanks Ena ... teruja sangat bila mama lihat Ena masak tempoh hari... mama ikut tips yg diberi utk mendapatkan warna yg sekata cantik..thnks sekali lagi :)


Resepi Nasi Lemak Hujan Panas
sumber: Ena- Lovely Kitchen
Bahan-bahan :
  • 500g beras (e-na campur 1:1 beras jepun dan beras thai) - mama gunakan beras briyani yg murah
  • 200ml santan pekat
  • 500ml air
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 inci halia (di hiris 4)
  • 1/2 sudu kecil halba
  • 1 ulas bawang putih ( dihiris nipis)
  • 1 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau, merah dan kuning





Cara Memasaknya :
  1. Beras di bersihkan. Masukkan semua bahan ke dalam rice cooker kecuali pewarna.
  2. Masak nasi seperti biasa.
  3. Kacau beras sebelum kering supaya santan sebati dengan nasi.
  4. Apabila nasi telah kering, 5 minit yang terakhir sebelum nasi masak buatkan 3 lubang.
  5. Titikkan 3 warna yang berbeza pada setiap lubang. Dalam 2-3 titik untuk setiap warna.
  6. Gaul warna di sekeling lubang sahaja. Jangan bercampur dengan warna lain nanti hasilnya tidak cantik. Tutup rice cooker dan biarkan nasi masak.
  7. Selepas 2 minit nasi masak baru gaul keseluruhan nasi. Selamat mencuba dari Lovely Kitchen.

TIPS MENDAPATKAN WARNA NASI YANG SEKATA CANTIK.
  • Jangan gaul semua warna semasa nasi belum masak. Air yang belum betul2 kering akan menyebabkan warna bercampur

Ayam Negro

 Assalamualaikum .... Salam sejahtera kpd teman2 blogger yg diingati selalu...sehari kalau tak jenguk disini terasa rindu ...hehehe okay pagi Isnin yg mula terang di bumi Singapura dan bermula lah tugas2an seharian yg perlu diuruskan & dijalani....

Di pagi yg indah ini mama ingin berkongsi satu lagi resipi ayam yg agak unik lagi menarik rasa. Walaupun dari segi ruper lauk ni yg memang hitam legam cam orang negro g2..tapi dari segi rasa memang lah unik.. manis2 pedas & rasa bawang goreng sudah lah pasti.

 Pada mula nyer mama asyik ulang baca tang bahan2 resipi nih..memang mudah sangat2... hehehe thanks yer Ain memperkenalkan resipi yg di ambil dari dapur Ida pula. Kepada kalian berdua terima yg teramat2 mama ucapkan ...sedap di makan bersama nasi putih panas2 atau pun nasi lemak hujan panas yg mama masak utk keluarga pada hari Sabtu yg lepas..mmg syiok sekali :P
Minta izin C&P resipi di sini supaya sekira ada teman2 yg berkenan utk mencuba plak :)

Mari kite lihat resipi...


Ayam Negro
Sumber: 1001resepi

resepi ni hanya menggunakan bawang merah dan bawang besar yang digoreng terlebih dahulu. macam kita buat bawang goreng tu. untuk seekor ayam saya guna 15 biji bawang merah kecil dan 1 biji bawang besar. cincang bawang dan goreng kekuningan, jangan hangus. biarkan sejuk sebentar kemudian blender bawang goreng tadi dengan sikit air. ayam potong kecil dan gaulkan hanya dengan garam sahaja. goreng sehingga 3/4 masak. ketepikan.

panaskan sikit minyak dalam kuali dan masukkan 3 sudu besar cili blender (optional) dan kacau wangi. masukkan bawang goreng blender tadi kedalam kuali dan tambahkan beberapa sudu air kacau sebentar. masukkan ayam tadi dan campurkan kicap manis dan kicap masin sahaja (banyak). kacau lama sehingga ayam benar-benar mesra dengan kuah sosnya.

ayam ni rasanya mesti manis dan sedikit pedas ya.....

kalau tak cukup masin dan manisnya, tambahlah garam dengan gula sikit. ayam ni menjadi sedap kerana aroma dari bawang yang telah digoreng terlebih dahulu. 
 


Lihat dari dekat mmg tersangatlah hitam lauk ayam ni..lagi sedap kalau dimasak pagi mkn plak tengahari...hissshhh sedap kat tekak mama sekluarga...hehehe anak2 tak complain pun ..... coz AYAM!!!!

Friday, June 17, 2011

Virus "Kaswi Izah"


Salam tengahari teman2... tak tahan ngan godaan bila tgk ramai teman2 yg dah mencuba kaswi tepung dari si Izah ni. Patut lah si Izah siap ckp... lembut goyang2 hehehe goyang2 inul yer Izah ki3x.

Mama buat setengah adunnan dlm bekas lompang dpt lah 18. Buat malam semalam..masa mengkukus sempat plak ber FB jap..tuptup si Noorsha & Tun tgh mengkukus. Terus makan begitu pun sedap tak yah ltk kelapa parut.. sempat bawak kan utk abah & mak tadi.. maybe blh cuba ltk kicap next time mcm si Noorsha :)

Rasa2 mama ramai yg cuba... Mas, Anna, Tun , Noorsha..sapa lagi eh???Pada teman2 yg mama tak sebut nama jgn kecik ati yer ..lupa sapa lagi yg dah buat kaswi ni...

Anyway thanks Izah share resipi yg simple & bagi mama ni lah resipi dulu2 time mak2 kite buat. Pada teman2 yg mama tak sebut nama jgn kecik ati yer ..lupa sapa lagi yg dah buat kaswi ni...


 KUEH KASWI GANDUM

Bahan Sirap
5 cawan air
1 cawan gula merah
1 cawan gula pasir
*saya tambah beberapa helai daun pandan

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kanji/ubi/jagung- mama gunakan tpg jagung
1 sudu kecil kapur kueh [optional]- ltk 2 sudu 
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1.Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan. [Lapikkan pelastik saiz loyang]
3. Bancuh semua bahan dan tapiskan. Tuangkan dalam loyang.
4. Masakkan sehingga masak [30 minit]
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong dengan pisau pelastik.
6. Kelapa muda digaulkan sedikit garam.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

Thursday, June 16, 2011

Singapore Hokkien Mee



Makan mee jer utk tengahari ni.... sedap tak pedas sangat...sambal tumis sebagai penyelamat kalau nak terasa sikit.... I like!!!!


Mood sedih walaupun dapat makan Hokkien Mee....huhuhu

Resipi macam biasa mama ambik dari dapur Ayu... thanks babe :-D







Singapore Hokkien Mee Recipe
Sources:-From http://rasamalaysia.com 


Ingredients:
250g Yellow Noodle
250g White thick rice vermicelli-(Ayu used laksa noodles,)me too
400g Prawn
350g Squid (Sotong)
200g Pork Belly-(Ayu omit this ler replaced with chicken breast sliced)replaced with sliced fish cake
40g Green chives
750ml Chicken stock
3 Eggs
5g Chopped garlic

Seasoning:
1/2 tbsp Fish sauce
1 dash Pepper
1 dash Sesame oil
salt & msg to taste 




Method: 
1. Peel the prawn head.  In a hot wok, add a tbsp oil and fry the prawn head until fragrant. Add fried prawn head into chicken stock and boil for 30mins to 1 hour. (I usually reserve the uncooked prawn shells and prawn heads from other dishes and keep them frozen in the freezer)

2. Add the pork belly into the stock and boil for 45mins. Take out the pork belly and cool. Cut pork belly into strips. ( I am not a big fan of pork belly hence I have omitted this)

3. Blanch prawns and squid in boiling water. Drain and cut the squid into rings.

4. Into a hot wok, add 1 tbsp of oil, fry the garlic until fragrant. Add in egg and scramble.(Ayu added the prawns, chicken & squids at this point)

5. Add in yellow noodle and rice vermicelli. Fry for a few minutes until noodles just begin to sear. (Use high heat)

6. Add 1/3 of prawn stock and seasoning. Fry until stock is almost dry. Add another 1/3 of prawn stock. Cover wok to braise the noodles on medium low heat. (5 to 7 mins)

7. Lastly add in prawn, squid, chives and fry together. Add remaining stock, fry for 1 min and plate. Serve with sambal chilli and lime. -(Ayu added the noodles last, so as not making the noodles turned soggy very fast)..

Sambal Chili Ayu version:-
3-5 tbsp chili paste
1 tbsp minced onion
1 tsp minced garlics
1-2 tsp belacan granules
salt & msg to taste

Saute the above till oil rises up the surface, add salt & msg. Ready.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...