Tuesday, April 26, 2011

Mi Lidi Goreng Hijau - Ummi


Salam tengahari teman2 mama yg diingati selalu...
nak berkongsi resipi dari Ummi. Mi Lidi goreng Hijau keluaran majalah Jelita.  Something different kalau sesiapa ingin kan kelainan..

Senang cakap.. Mi Lidi nih di masak oleh anak mama SHASHA pada hari ahad lepas utk lunch...shasha mengikut 100% dari majalah Jelita tuh..tak menghampakan!! Sedap!! cuba ditambah dengan fishcake & sausage yg memang kegemaran anak2. Terasa kepedasan dari cili hijau & warna kehijau2wan.. cantik menarik :)
Terima Kaseh Ummi... Hawa minta izin letak resipi disini yer :)


MEE LIDI GORENG HIJAU
Bahan:-
  • 1 1/2 paket mee lidi-  mama gunakan spagetti
  • 1 labu bawang besar - didadu
  • 3 ulas bawang putih - dicincang
  • 10 ekor udang basah
  • 2 sudu besar kicap cair/masin
  • 1 kiub pati ayam maggie
  • 1/2 biji kobis
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • minyak untuk menumis
Bahan Dikisar Dengan Sedikit Air:-
  • 2 biji cili hijau
  • 6 biji cili padi hijau
  • 4 tangkai daun sup
  • 2 pokok daun bawang



Cara Memasak:-
  1. Masak air secukupnya dan bila mendidih, masukkan mee lidi dan masak hingga lembut, toskan dan gaul dengan sedikit minyak jagung. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan dan naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan masak hingga naik minyak.
  4. Masukkan kicap cair, kiub pati ayam, garam dan lada sulah. Kacau.
  5. Masukkan udang dan diikuti dengan sayur kobis. Kacau sebentar.
  6. Akhir sekali, masukkan mee lidi yang direbus tadi dan kacau hingga rata dan masak. Hidangkan dengan taburan serbuk lada sulah jika suka.

5 comments:

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

salam mama...

ni lagi satu menu yg masih berbarik dlm waiting list utk dicuba.. hehe.. terliur tengok..boleh harap anak dara mama.. dah boleh ganti mama masak2 ni...

Ayu said...

mama. mee lidi ni apa ma?..spaghetti ke?..kita dulu dah cuba yang maggi goreng hijau pun sedap ma..
wah sasha yang masak..mesti saham melambung ni..heheh..gurau aje ya sasha..heheh

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Wah! saya mahu cubalah..

Unknown said...

salam windu mama, mee ni memang sedap..nieza pun dh cuba buat dah,suka dgn kepedasan cili hijau tu..:)

Mama Hawa/Mama Nani said...

Madihaa...
Wslm Madihaa..Tu lah asyik tertangguh jer ..skrg mana yg senang mama buat dulu.. recipe yg di print dh berlambak2..tak tahu bila agak nyer nak cuba..hehehe
Blh lah sikit2..ni pun coz ari minggu mama blk dari tgk my abah lambat sikit..so kat org kat rumah kelaparan tuh yg suroh si shasha masakkan..blh lah tapi kalau nak gantikan..hehehe rasa2 blm blh lagi lah :)

Ayu...
Tu lah bila tanya cik hubby dia jwb spaghetti lah...hehehe hentam jer .. mana nak cari mi lidi kat spore Ayu?
Sekali2 okay lah Ayu..saham apa yg melambung??? kerja pun blm hehehe

Yusa...
Try lah mungkin kat sana blh cari mi lidi yg ori..ni mama gunakan spaghetti tau Yus.

Nieza...
Salam rindu jgk Nieza..
Oh Nieza dah cuba..so dah tahu lah sedap & kepedasan nyer..hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...