Saturday, December 5, 2009

Banana Choc Chips Muffin


Bahan-Bahan

3 atau 4 biji pisang (lebihkan pisang jika ingin ia lembab sedikit)
1 atau 1/2 cawan gula pasir
1 biji telur dipukul ringan
1/3 cawan mentega dicairkan
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung gandum
secukup choc ships untuk ditabur

Cara-Cara


1. Pisang dilecekkan terlebih dahulu. Satukan pisang bersama gula, telur dan juga mentega yang telah dicairkan tadi.


2. Ketepikan, dalam sebuah mangkuk yang lain satukan tepung, garam, baking powder dan juga baking soda.

3. Satukan bahan basah dan kering, kacau sebentar saja.

4. Masukkan dalam tin pembakar muffin ataupun casing muffin.Tabur secukup choc ships.

5. Bakar pada suhu 180 darjah celcius kira-kira dalam 20 minit




2 comments:

E-na Zarina said...

dtg bawa tupperware ni nak angkut muffin tu bawa balik...mesti anak2 suke ni...

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Alamak E-Na dah habis lah :(
Kat sini pn diorg suka :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...