Thursday, December 3, 2009

Siakap 3 Rasa versi kukus


Bertemu di hari yang sama. Menu dinner utk cik hubby Siakap Stim 3 Rasa. Hubby mama memang suka makan yg pedas2 & masam2. So masakkan malam ni memang memenuhi cita rasa dia :) Cuma mama ada buat sedikit perubahan mengikut selera mama. Terima kaseh Nor kerana sudi berkongsi resipi dengan teman2 blogger. C&P dari rumah Nor.

Bahan:-
  • 1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
  • 100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
  • 2 camb minyak - untuk menumis
  • garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-

  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia muda
  • 2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-

  • 1/2 kuntum bunga kantan- x letak cari2 kat pasar x jual
  • 2 helai daun limau purut
  • 4 - 5 biji cili padi - mama tambah dlm 10 biji

Bahan-Bahan Sos:-

  • 2 camb cili kisar
  • 1 camb sos tomato
  • 2 camb sos plum - tersalah beli beli sos lemon
  • 2 camb gula pasir
  • 2 camb sos cili
  • 1 camb jus limau nipis - lemon
  • 1 camt kicap manis
Cara Memasak:-
  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


Cik Hubby boleh habis kan semua ikan siakap ni... Memang dia suka sangat2 dengan versi ikan siakap kali ni.... Next time blh cuba lagi... Kalau ada bunga kantan agak nye lagi sedap! Betul x Nor?

2 comments:

K.Nor said...

betul..betul.. betul!! ^____^

Mama Hawa/Mama Nani said...

Okay next time kite try letak bunga kantan.. see the diffrence Thx Nor for sharing this recipe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...