Thursday, December 24, 2009

Telur Dadar ala Parsi again


Salam & Selamat malam semua.... penat betul hari ni... ni pun baru balik terus on PC nak update N3... hehehe anak2 mama ckp mama ni tak sabar betul lah. Memang tak sabor!!!! 1 hari tak blogging dengan teman2 mama mcm tak sah gitu.....Menu simple2 jer hari ni sbb nak settle barang keperluan sekolah Nazli yg masih belum di bereskan.
Menu ulangan. Buat Nazli yg tak mahu makan sotong masak hitam.....Mama cuma tambahkan black pepper sauce 2 sudu makan supaya rasa sedikit pedas!!

Ingredients


1) Telur (4 biji)
2) Kentang saiz sederhana - dihiris nipis (1 biji)
3) Daun ketumbar - dicincang kasar (1 sudu besar) - mama letak daun sop & bawang
4) Bawang besar - dicincang kasar (1/2 biji)
5) Cili hijau - dicincang halus (1 biji)
6) Minyak sapi (1 sudu besar) - mama gunakan minyak masak
7) Serbuk jintan putih (1/4 sudu kecil)
8) Serbuk lada putih (1/4 sudu kecil)
9) Garam (secukup rasa)

Directions


Mula-mula, campurkan telur bersama dengan bawang dan daun ketumbar, cili hijau, garam, jintan putih serta serbuk lada putih.

Kacau rata bahan-bahan tersebut sehinggalah telur kembang. Apabila telah cukup kembang, ketepikan seketika.

Kemudian cairkan minyak sapi dan goreng semua hirisan kentang tersebut sehingga empuk. Apabila garing, ketepikan dan sejatkan minyaknya.

Cairkan lagi sedikit minyak sapi dan kemudian curahkan adunan telur tadi.

Masak di atas api yang kecil supaya bahagian bawah telur tidak mudah hangus.

Apabila telur telah separuh masak, aturkan hirisan kentang goreng tadi di atasnya.

Aturkan kentang tersebut hingga tersusun penuh pada sebelah bahagian.

Kemudian, lipatkan bahagian tanpa kentang tersebut ke bahagian yang sebelah lagi hingga telur tersebut menjadi separuh bulat.

Terbalikkan dan biar beberapa ketika lagi supaya telur tersebut melekat di kedua-dua belah bahagian dan tidak mudah hancur apabila diangkat.

Telur dadar ala parsi sedia untuk dihidang. Selamat memasak!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...