Tuesday, December 1, 2009

Penne Guraton


Tadi petang nampak kat rumah Ita Jepun. Ita menggunakan macaroni, stock mama cuma ada penne so mama tukar drpd macaroni guraton to penne guraton. Sedap!! Boleh buat lagi. Cuma gantikan dgn pasta lain pulak. Seperti biasa mama C&P jer dari rumah Ita. TQ Ita.

Bahan-bahan
1 cawan makaroni yang belum direbus
1 keping dada ayam ( leh ganti ngan udang. lala atau sotong)
1/4 batang carrot - x letak
beberapa cendawan
1/4 batang saleri - x letak
sedikit daun bayam - x letak
sedikit mix cheese untuk ditabur atas macaroni
daun parsley kering - x letak

untuk sos putih
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar marjein or butter
1 cawan susu segar
sedikit lada sulah
sedikit garam


1. Mula-mula rebus makaroni ikut lah arahan pada paket tu, 7 minit ke 6 minit ke, lepas tu angkat dan letakkan 1 sudu besar olive oil, kacau sebati, ketepikan.

2. Potong dadu carrot dan hiris halus caleri dan cendawan. rebus carrot dan caleri tadi separuh masak. angkat dan boleh lah dicampur dengan makaroni tadi. letak sedikit garam dan lada sulah.

3. Buat Sos putih, masukkan semua bahan sos dan kacau hingga pekat. glis cookware ceramic yang bentuk oval tu dengan marjerin dan letakkan campuran makaroni dan sayur tadi, kemudian curah sos putih, akhir sekali tabur mix cheese dan sedikit hirisan daun saleri, bakar pada suhu 180 darjah selama 25 minit atau sehingga permukaan guratan perang. Ok dah siap.

Untuk sos putih mama gunakan sos instant - Carbonarra Mushroom sauce 1 tin kecil. Dgn menggunakan tin kecil tu sukat air 1/2 atau 1 tin ikut kepekatan yg dikehedaki. Tambah lada hitam/garam mengikut kehendak masing2.





Untuk bdk2 plain guroto x de vegetables. Extra m0zzarella cheese & cheedar cheese


Yang ni mama punyer.... Ada taburan paprika. Biasa lah tekak orang melayu mesti ada rasa pedas sikit. Sedap dimakan ketika panas2 bersama cili sos atau pun tobacco sos!

3 comments:

JMR said...

perghh..mwnggiurkan..dh la ujan,sejuk2 ni lapar lor..

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Mmg best klau hujan2 mkn pasta ni.Hujan2 buat oerut lapar selalu, mcm mana nk diet seh! kekeke

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Alamak salah type dahhhh - PERUT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...