Wednesday, December 23, 2009

Garlic Mashed Potato with garlic sos

Habislah KFC!!!!!
Salam & Selamat pagi semua....
Kalau nak tahu - kenalah buat!! Betul kan Jiya. Nampak kat rumah Jiya... yang buat mama sampai terggoda tak tidur malam... hehehe. Tak lah sampai tak tido.... Semua bahan2 ada dlm simpanan cuma mama dapat sos Lea & Perrin jer. Memang sedap rasa nyer. Ni buat bekpes cik hubby N Nazli tadi kejap... Nyum3x. Ni mama ambik resepi dari rumah Jiya... TQ very much for sharing this recipe :) muahs


Bahan-bahan:
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu)
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream
  • 1 sudu kecil black pepper

  • Bahan-bahan untuk gravy :
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper- letak black pepper sos
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin)
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jangung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bwg putih

Cara membuat:
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis². Rebuskan dalam periuk - isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bawang putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper ke dalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya. Kalau takda potato masher, guna electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bawang putih dan black pepper hingga wangi. (jangan sampai garing sangat, tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit² sampai gravy tu tak pekat, tak cair. (kalau suka pekat², tambah lagi..ikut selera masing²)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!

4 comments:

LOVE2COOK said...

Love pulak tergoda lepas tgk akak punye nih! uwaaaa...nak :) hehex

ZuRaNaI said...

mama hawa,,
cdapnyee..

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Hi Love... hehehe die2 must try :P

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Salam Zuranal... Mmg cedap....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...