Friday, December 25, 2009

Nasi Kari Daging


Betul kata Ijan.... memang mudah nak buat. Mama pun menggunakan daging kambing.

Resipi ni plak dari rumah Ijan di Finland. Resipi asal dari Nure@Myr. Terima Kaseh lah kepada Ijan & Nure for sharing this simple yet delicious :) Mama ada buat beberapa adjustment mengikut citarasa mama.

Resipi Nasi Kari Berdaging

  • 1 kg beras dan air ikut sukatan beras
  • 200g daging (dihiris nipis)
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu makan serbuk rempah kurma - mama letak 1 sudu mkn rempah briyani
  • air dan garam
  • bhn hiris: 1 biji tomato, 1 cm halia, 5 bj bwg merah, 3 ulas bwg putih dan 1 biji bwg besar
  1. Tumis bahan yg dihiris. Kemudian masukkan rempah(kedua2 jenis) yg telah dibancuh dgn air. Kacau lagi sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sampai empuk.
  3. Masukkan bhn tumis ke dalam periuk nasi yg telah disukat airnya.Masak nasi macam biasa.
  4. tips: sedap juga kalau dimkn dgn telur rebus yg digoreng. Nk spesel lagi, perap sekejap telur rebus dgn sedikit bhn hiris sebelum digoreng
Mama blender sebahagian dari bawang besar,bawang putih & halia. Campurkan dengan serbuk rempah kari. Sewaktu hendak menumis mama tambahkan kayu manis & the friends supaya bertambah wangi. Masak seperti didalam resipi. Memang mudah sangat. Cepat & ringkas!!!

3 comments:

Blogresipi said...

Salam Mama,
Memang mudah nak buat kan... kite sekarang asik cari resipi mudah mudah je.maklumlaa..hehehe

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Wslm Ijan... Mmg mudah. Best lah mcn gini... Cepat dimasak & sedap dimakan... hehehe mcn iklan plak :)

Fa'e said...

mmg sedap! tgk pon dh terliur...hahaha...

sy panggil nasi daging je! selalu gak buat! my hb mmg suke! ada pulak pelakon tambahan mcm jelatah + sambal tumis... mengancam!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...