Tuesday, December 29, 2009

Sambal Godok atau sayur godok....


Mana satu betul yer??? Sambal godok atau sayur godok.....
Walau macam mana sayur ni memang bestlah. Lauk orang 'jawa'. Kali ni mama masak style mil. Pernah mama masak letak empedal & hati ayam... pun sedap jugak.


Bahan2:

2 keping tempeh - potong dadu- grg ketepikan
2 keping tahu - potong dadu - grg ketepikan
150- 200g kacang panjang - dihiris
1 biji bawang jepun ( yg putih) - dihiris*
2-3 biji bawang putih - dihiris*
5 batang cili merah - dihiris*
5 batang cili hijau - dihiris*
200g udang hidup
200g empedal ayam - direbus-tak letak
200g hati ayam - direbus- tak letak
1 kotak santan + dgn sedikit air
5-10 tangkai cili padi- tak letak
garam & gula secukup rasa

Cara2:
Tumis kan bahan2 *sehingga layu, masukkan udang & kacau sehingga udang bertukar warna baru masukkan kacang panjang yg telah dihiris, hati, empedal ayam & juga santan & air dan biarkan kuah mendidih sebentar. Akhir sekali masukkan bahan yg telah digoreng terlebih dahulu dan juga cili padi. Tambah kan garam & gula mengikut citarasa masing2. Biarkan sebentar dlm 2-3 minit lagi. Siap utk dihidang!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...