Saturday, December 19, 2009

Cucur Badak

Salam semua dipagi Sabtu yang cerah :D... Cepat benar terasa... dah nak penghabisan tahun 2009. Cuma tinggal beberapa hari lagi nak meninngalkan 2009 :(

Malam semalam mama buat lah cucur badak ni... saja nak try rasa macam mana... Adunan macam lembik sikit sebab mama menggunakan keledek jenis oren... yg putih tak jumpa :(

Buat 1 adunan jer. Nampak kat rumah teman2 blogger mama tu yang teruja nak buat... hehehe... jakun sikit mama ni :) Apa pun mama cendok resipi dari rumah E-Na Zarina dari Jepun. Mama C&P jer dari rumah E-Na.TQ BTW kenapa di namakan cucur badak eh?????

CUCUR BADAK
Bahan-bahannya: (8 biji)
Inti Cucur Badak
  • 70g kelapa kering (kat M'sia guna kelapa muda parut/mesin)
  • 2 tbs santan pekat (untuk memberi 'rasa kelapa' pd kelapa kering, kalau guna kelapa mesin x perlu tambah santan)
  • 3 tbs air
  • 1/2 tsp gula
  • garam
  • 3 tbs minyak masak
Bahan blend /tumbuk
  • 10g udang kering (di rendam dan blend sekali)
  • 1/2 tbs chilli powder(lebihkn jika nk pedas)
  • Secubit jintan manis
  • 1 batang serai
  • 10g halia (1cm)
  • 3 biji bawang merah
  • 1 biji bawang putih
  • sedikit serbuk kunyit
Cara Membuatnya:
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang di blend/tumbuk sehingga wangi.
  2. Masukkan air dan santan pekat dan kacau.
  3. Masukkan gula dan garam, kacau rata.
  4. Masukkan kelapa kering dan kacau sebati.
  5. Masak jangan terlalu kering dan angkat.
UNTUK DOH
Bahan-bahannya:
  • 250g keledek di rebus empuk
  • 3 1/2 tbs tepung gandum
  • 1/2 tsp garam
Cara membuatnya :
  1. Ubi keledek yang masih panas di lenyek.
  2. Masukkan garam dan tepung gandum dan gaul sebati.
  3. Bahagikan kepada 8 bahagian.
  4. Masukkan inti di tengah dan bentukkan ikut citarasa sendiri.
  5. Goreng dengan api perlahan dan angkat bila warna keemasan.
  6. Sedia untuk di hidang....


2 comments:

geraugebang said...

wah, besor-beso cuq badak akak. Macam telur badak jer. eerrr badak ada telur ke?

Mama Nani/Mama Hawa. said...

Mana ada besor2. Tu kena tangkap gambor dekat2 yg nmpk besor... hehehe Tentang badak ada telur ke tidak nnt mama tanya cik badak kite yer... kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...