Thursday, July 8, 2010

Murtabak Sardine




Murtabak Sardine dengan Sambal Tumis Sotong Berserai... hehehe sambal nyer agak pedas sikit.... Almaklum orang berpose main agak2 jer. Takpe nnt kejap lagi mama panaskan sambal & tambah kan lagi gula. Murtabak ni mama dah pernah buat dulu..tapi menggunakkan kentang & daging. Kalau sapa2 nak tgk blh kesini. Kali ni mama gantikan dengan sardine pulak. Pernah nampak didapur Mas jgk :) Mas pulak dapat resipi dari Myresipi.. Thanks yer Mas :D Mama tukar inti daging kepada sardine.

Bahan - bahan:

  1. roti paratha, 1 keping untuk 1 biji murtabak ( mas guna jenama kawan )
  2. *daging ayam dipotong dadu
  3. *1 biji kentang yang direbus empuk kemudian kopek kulit dan dipotong dadu
  4. *1 biji bawang besar dipotong dadu
  5. *1 sudu besar rempah kari ( kalau nak rasa kari lebih pekat boleh letak lebih  )
  6. 2 biji telur ( untuk murtabak yg tebal,kalau nak nipis letak 1 biji je ) tapi kalau suka rasa telur lebih boleh letak lebih telur.
Cara - cara:
  1. Daging ayam dicelur dalam air mendidih supaya 1/2 masak.
  2. Satukan semua bahan bertanda dalam mangkuk. Pukul  1 1/2 biji telur dan masukkan kedalam mangkuk dan kacau rata semua bahan, letakkan sedikit garam dan perasa.
  3. Masak atas kuali non - stick frying pan seperti memasak telur dadar.
  4. Canai roti paratha nipis sikit ( canai guna plastik paratha supaya tak melekat masa canai ) dan letakkan inti tadi diatas roti paratha dan tuang rata 1/2 biji telur yang dipukul atas inti kemudian lipat.
  5. Masak diatas kuali tadi tanpa minyak hingga kulit murtabak kelihatan garing. Kalau buat tebal tutup kuali semasa masak supaya inti murtabak masak.

2 comments:

Mas said...

malam ni nak rasa murtabak sardin mama pulak...nampak sedap sangat...ada lagi ke mama...

Mama Hawa/Mama Nani said...

alamak Mas dah habis kena bedal ngan anak2. Mama buat 10 keping semua... ingat diaorg nak mkn nasi...tumpang semangkuk jgk :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...